Saturday, February 27, 2010

Selamatkan PETRONAS utk Selamatkan Malaysia


Terima Kasih Tan Sri kerana tidak memberikan ruang utk Najib dan Lotus F1 Team ceduk dana Petronas..

Petronas Untuk Rakyat - Zaid Ibrahim
http://myzaidibrahim.com

Parlimen akan bersidang sekali lagi mulai pertengahan Mac ini. Salah satu perkara penting yang saya harap Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat akan bangkitkan ialah memberitahu rakyat tentang tindakan Barisan Nasional yang menidakkan pembahagian hasil minyak dan gas di antara negeri dan Petronas. Isu ini bukan saja terbatas kepada hak-hak negeri seperti Kelantan terhadap hasil tersebut tetapi juga merangkumi soal pengurusan Petronas itu sendiri. Apakah pendirian pihak pengurusan Petronas dalam soal tuntutan negeri Kelantan? Petronas disebut sebagai syarikat bertaraf antarabangsa yang mempunyai pengurusan bertaraf dunia, yang tidak tunduk kepada telunjuk politik. Kalaulah ini benar, maka inilah masanya Petronas menunjukkan kebebasannya membuat keputusan. Tetapi mengapa Petronas diam membisu?

Hakikatnya, Petronas mesti tunduk kepada arahan Perdana Menteri. Inilah kuasa yang diberi kepada PM di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Tujuan asal dibuat begitu ialah supaya pengurusan Petronas tidak dipengaruhi oleh pihak politik yang lain seperti UMNO; maka sebab itulah arahan PM saja yang perlu diikut. Model pengurusan seperti ini yang juga sulit dalam banyak hal, sesuai pada masa Tun Razak tapi tidak wajar lagi di zaman anaknya kini. Jauh beza anak dengan bapa. Tun Razak mahu Petronas dijaga untuk kepentingan anak cucu rakyat Malaysia, bukan saja kepada kerajaan yang memerintah. Tun Razak tidak akan membenarkan orang orangnya mengambil kesempatan meraih untung dari Petronas. Dia juga tidak boros orangnya. Tapi anaknya jauh berbeza. Semasa Najib jadi Menteri Pertahanan, perbelanjaan Kementerian Pertahanan melambung 160 % di antara tahun 2001 dan 2008. Sejarah akan berulang kalau rakyat tidak berhati-hati. Rakyat bimbang dengan apa yang akan dibuatnya dengan Petronas.

Kesimpulannya, Hassan Merican sudah tidak ada lagi dalam Petronas. Sekurang-kurangnya dia dianggap CEO dan Presiden Petronas yang lebih bebas dan berkebolehan tinggi. Apa akan terjadi kepada Petronas sekarang? Siapakah yang ada dalam Badan Penasihat yang berani mempertahankan integriti pengurusan Petronas kalau PM sudah membuat arahan? Cara pengurusan dan kuasa luas PM dalam Akta 1974 itu sudah tidak sesuai lagi dalam keadaan sekarang. Dalam keadaan perniagaan global .Biarlah Petronas lebih bertanggung jawab, lebih telus dan lebih mementingkan generasi akan datang daripada kepentingan UMNO dan BN . Ini lah tuntutan politik naru tanah air.

Saya amat berharap supaya Ahli-Ahli Parlimen kita berjuang bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Petronas dari bahaya akan datang; bahaya yang sedang dicipta oleh kepimpinan UMNO dan BN sekarang. Kita jangan lupa pesanan orang tua tua agar jangan pagar yang makan padi. Isu ini bukan sekadar untuk kepentingan Kelantan saja. Ia adalah untuk kepentingan semua rakyat Malaysia dan masa depan anak cucu kita.

usinkata;...membaca artikel dari Datuk Zaid Ibrahim ini mengingatkan hati ini dengan posting yg telah dipostingkan dulu iaitu mengenai pertembungan UMNO/BN dengan Petronas..http://apadianie.blogspot.com/2010/01/2010-umnobn-vs-pakatan-rakyat-petronas.html

Dan hati ini remuk sekali apabila mendapat tahu bahawa Petronas sememangnya dibawah telunjuk PM kerana sudah digazetkan didalam Akta Kemajuan Petroleum 1974..

Ketika posting yg lama itu ditulis Pengerusi Petronas masih dijawat oleh Tan Sri Hassan Merican dan daripada itu hati ini meramalkan Petronas tidak akan mengikut telunjuk 100% kepada PM..

Ini dapat dilihat apabila Petronas tidak menaja Lotus F1 Team yg dkatakan salah satu projek kebanggaan 1Malaysia gagasan Najib.

Namun begitu Petronas memberikan alasan yg begitu jelas kenapa Petronas tidak wajib menaja Lotus F1 Team tetapi menaja Mercedes GP

Maka hati ini..amat kuat utk mengatakan bahawa..penamatan kontrak Tan Sri Hassan Merican sebagai Pengersi Petronas adalah disebabkan beliau tidak sehaluan dengan wawasan Najib untuk menempatkan nama Pertonas dibelakang Lotus F1 Team menjadi Lotus Petronas F1 Team..

Rasa ini bukan punca utama penamatan kontrak Tan Sri Hassan...Najib rasanya sudah dapat menghidu kesulitan dan keperitan menjalankan pemerintahan BN keatas Malaysia sekiranya terdapat org seperti Tan Sri Hassan Merican didalam teraju Petronas...

Najib merasai Tan Sri Hassan Merican akan menentang beliau utk mendapatkan dana dari Petronas walaupun PM berkuasa penuh tetapi hujah dan alasan yg diberi oleh Tan Sri Hassan Merican utk menidakan hasrat Najib itu sangat-sangat benar dan mengikut logik akal serta tidak menyalahi undan-undang..

Ya Allah..Selamatkan Petronas dan Selamatkan Malaysia dari kejahatan "Firuan Lama dan Firaun Baru Malaysia ini "..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009