Tuesday, February 9, 2010

Tendang Keluar Zul Kulim dari PKR Segera !!


Dengan rasa dukacita..memohon agar PKR menendang beliau keluar segera !!!

Zul Kulim; Tendang Keluar DAP dari PR !!
dari; terlerai kata terungkap bicara

http://pendikargunung.blogspot.com

Apabila TV3 menjemput YB Zul Kulim menjadi tetamunya dalam segmen 'Soal Jawab' malam tadi (Isnin 10.00 malam), saya tertanya-tanya mengapa Zul yang dijemput? Dia bukan kepimpinan tertinggi PKR, dia cuma seorang Ahli Parlimen yang kebetulan agak celupar. Apakah keceluparannya itu yang barangkali menarik perhatian TV3 untuk menjemput Zul menjadi tetamunya, kerana ia boleh dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu?

Mungkin mereka berharap Zul akan menggunakan keceluparannya dalam wawancara itu untuk menghentam kepimpinan PKR dan PR. Dan esok media pro-BN yang sedang ternganga mulutnya untuk menggigit PR akan menulis, "Zul bidas PKR" atau "Zul bidas Anwar" atau "Zul bidas PAS" atau...atau...dan lain-lain. Mungkin itu sebabnya?

Tapi ia tidak jadi seperti itu ketika wawancara selama satu jam berlangsung. Memang Zul pandai main strategi. Dia tidak bidas kepimpinan PKR dan Pas secara terus terang dalam wawancara itu. Sebaliknya dia puji Anwar melangit dalam wawancara satu jam itu sebagai seorang yang suka berterus terang, menyokong perjuangan Islam dan kalau tegur Anwar tegur secara berdepan ..bla..bla..

Zul tahu ramai mata yang menonton wawancara itu. Dia menggunakan peluang untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam yang tidak berkrompomi dengan mana-mana pihak, walaupun dengan partinya sendiri. Zul juga meminta PKR, Pas dan Umno duduk semeja membincangkan masalah orang Islam yang menjadi majoriti di negara ini. Katanya Murshidul Am dan Presiden Pas sudah menghulur tangan dan Umno tidak wajar berburuk sangka lagi dengan Pas.

Dalam cuba mengelak untuk mengutuk PKR, akhirnya dia terperangkap juga dengan soalan hos Datuk Ahmad A.Talib apabila Zul tidak menafikan mungkin akan keluar dari PKR jika pendiriannya tentang Islam tidak selari dengan pendirian kepimpinan PKR. Apabila ditanya, parti mana yang dia pilih jika keluar PKR, dia menjawab ia soalan spekulatif yang cuma boleh dijawab bila tiba saatnya kelak.


Tapi apa yang ditunggu-tunggu oleh TV3 untuk dijadikan juadah bagi hidangan tajuk berita pagi esok akhirnya tiba juga. Apabila Ahmad A.Talib meminta komen Zul mengenai "krisis PR di Pulau Pinang", maka Zul pun menggunakan kesempatan itu untuk menghentam DAP sepuas hatinya. Zul berkata semua masalah dalam PR hari ini adalah berpunca dari DAP. ADUN Lunas keluar PKR adalah kerana DAP, Perak jatuh ke tangan BN juga kerana DAP dan ribut dalam cawan yang melanda kerajaan PR di Selangor juga adalah kerana DAP. Dan akhirnya Zul memberi cadangan paling radikal untuk difikirkan oleh kepimpinan PKR dan Pas: keluarkan saja DAP dari PR!!

Walaupun banyak menghentam DAP, tapi sempatlah juga si-Zul ni bagi sebiji peluru menembak Umno, tapi sikit saja....Dia kata dia tidak mahu jadi seperti Umno yang hanya bertindak membela Islam untuk kepentingan politik, sedangkan ketika Mufti Selangor (Datuk Ishak Baharom) dipecat dahulu, Umno tidak bertindak apa-apa.

Agak-agak hasil wawancara dengan Zul di TV3 ini akan keluar atau tidak dalam media kita pagi-pagi hari ini (Selasa)? Mungkin tidak keluar dalam media, tapi kemungkinan lebih besar akan keluar, kerana ada sesuatu dalam kenyataan Zul dalam wawancara itu yang menguntungkan BN. Jika keluar tajuknya bukan "Zul puji Anwar" atau "Zul saran PKR, Pas dan Umno duduk semeja" atau "Zul bidas Umno hipokrit tidak bela Ishak Baharom".

Yang mungkin media kita akan tulis ialah "Zul bidas DAP", "Zul: DAP dah tunjuk belang" atau "Zul: Tendang DAP keluar dari PR!"

~ pendikar gunung kriang

usinkata;..hmmm..sedihnya hati melihat dan mendengar serta melihat tindak tanduk YB Zul ini..

Semakin hari semakin menjadi-jadi..makin keladi..agaknya sudah "gatai-gatai keldai" didalam PR..dan ingin bebas darinya..

Dan hati ini mengakui kebenaran 100% apa yang dikatakan oleh MSO terhadap YB Zul....SS @ Syok Sendiri..apatahlagi kali ini beliau keluar TV3 Suku..


Utk YB Zul..hati ini noktahkan sokongan saya kepada YB Zul..dan hati ini begitu sakit sekali..perit..

Agenda perjuangan Islam YB Zul bagi hati ini tidak lebih dari mencari populariti..

Salam maaf kepada YB Zul....Silalah keluar dari PR secepat mungkin...

3 comments:

Anonymous said...

kadang-kadang betul jugak apa kata YB Zul, keluarkan DAP dari PR

kakikawa said...

Sebenarnya Zul memainkan satu peranan yang sangat penting dan sangat dekat dengan Anwar.

Kalaulah beliau memang tidak sebulu dengan Anwar, dah lama kene tendang.

Memang ada yang tak kena dengan DAP. Takkan Anwar nak sound direct. Lalu menggunakan camouflage person untuk mengusik sedikit DAP.

Penulis blog ni patut tukar nama kepada siulan DAP tegar.

usinwafer said...

emm..akan diperimbangkan cadangan saudara itu..siulan DAP..sedap jugak..boleh buat masak lomak cil api nie..har har har harunsalimbachik..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009