Suatu hari kawan saya dengan bangganya berkata beliau sudah menonton filem "Bohsia..Jangan Pilih Jalan Hitam.."memang best katanya dengan penuh kebanggaan..
Saya dengan spontan berkata.." cerita tak bertamadun pun hang tengok.."kawan saya tadi terus diam membisu..mungkin beliau terkejut dengan kenyaaan spontan saya itu..malah beliau juga tidak bertanya mengapa saya berkata begitu..akhirnya tanpa apa-apa perbincangan mengenai filem "Bohsia" yang kawan saya tengok di pawagam..perbualan kami terus terhenti dengan sendiri..mungkin kawan saya sedang memikirkan kenapa saya berkata begitu..saya juga langsung tidak memikirkan apakah punca dan sebab mengapa saya berkata begitu kepadanya dengan spontan..
Akhirnya isu mengenai filem "Bohsia" pada hari itu tidak dibahaskan didalam perbincangan kami..sehinggalah hari ini..secara tiba-tiba setelah melihat keratan akhbar yg menceritakan kehebatan filem "Bohsia"..maka timbulah jua kebuntuan kenapa saya mengatakan filem "Bohsia..Jangan Pilih Jalan Hitam.."sebuah filem tidak bertamadun..
Sejujurnya saya membesar ketika sindrom atau virus "Bohsia"menular ke dalam masyarakat kita ketika itu..Diawal berkembangnya sindrom "Bohsia" ia tidaklah mendapat liputan media atau pun pemimpin-pemimpin negara.."Bohsia" ketika itu menular secara senyap-senyap..
"POT"
Di Bandar Sungai Petani ketika itu terdapat sebuah Disco yg diberi nama "FIRE"..lokasinya bertentangan dengan pasaraya Parkson Ria..apa yang menariknya "FIRE" ini memulakan operasi dengan mengadakan satu aktiviti yg diberi nama "TEA DANCE"...Pihak pengurusan "FIRE" membenarkan pengunjung berumur 16tahun keatas memasukinya iaitu bermula pada pukul 2pm - 6pm..pada setiap hari Sabtu..
Walaubagaimanapun..aktiviti "TEA DANCE" beroperasi tanpa menjual minuman keras(arak)..minuman ringan (COKE) sahaja..dengan diiringi muzik Disco yg membingitkan..
Alasan awal yg diberi oleh salah seorang pengunjung "FIRE" adalah mereka kesini hanya utk "bersenam"sahaja bukan utk minum arak...ketika itu pil-pil khayal masih belum lagi wujud..
Bermula seawal pukul 2pm maka seorang "Bohsia dan Bohjan" keluar dari rumah dan seterusnya menjalankan aktiviti mereka sehinggalah keawal pagi.."FIRE" inilah "POT" awal para bohsia dan bohjan berkumpul..
Apabila malam menjelma para-para bohsia dan bohjan akan berkumpul utk makan-makan di satu lokasi berhampiran dengan "FIRE" iaitu di Medan Selera Taman Sejati yang bersebelahan dengan susur keluar Highway SP Selatan...
Lokasi ini sangatlah popular ketika itu..perniagaan peniaga-peniaga disitu sangatlah laris..boleh dikatakan hampir setiap malam penuh dengan pelanggan-pelanggan apatah lagi pada malam hujung minggu...
Apabila selesai menikmati hidangan di Medan Selera maka para bohjan akan "mengusung"pula para bohsia utk "hidangan"diatas katil pula..
Begitulah rutin harian yg berlaku di Bandar Sungai Petani suatu ketika dahulu yg penuh dengan kekotoran maksiat..kini "FIRE" sudah ditutup dan Medan Selera Taman Sejati sudah menjadi "hidup segan mati tak mahu.."
Berbalik kepada filem "Bohsia..Jangan Pilih jalan Belakang"..filem ini jelas kembali membuka kembali parut luka dimasa lalu..sudah hampir 20 tahun segala aksi,perilaku,keangkuhan,kebodohan, yang dimiliki golongan-golongan bohsia dan bohjan dipaparkan kembali kepada anak muda yg tidak pernah melihat aksi-aksi bohsia dan bohjan beraksi didada masyarakat...
Apakah atas alasan menambah sedikit ayat penyedap hati iaitu.."Jangan Pilih Jalan Hitam"...dapat membersihkan dan menghalalkan filem "Bohsia"..
Dengan paparan dan aksi para pelakon yg begitu "menjiwai" watak bohsia dan bohjan dapat mendidik para penonton supaya jangan pilih jalan belakang..
Pernahkah terfikir kenapa anak muda remaja berpusu-pusu dan berbangga menonton filem "Bohsia" ini....sudah tentu aksi dan paparan serta pakaian yg "dijiwai"oleh para pelakon dapat merangsang 'nafsu liar"yg sudah lama bergelora dihati apatahlagi jika yg menontonya terdiri dari "couple-couple" yg dilanda demam "cinta"..
Tidak merasa bimbangkah jika aksi-aksi yg ditonjolkan dengan berkesan didalam filem tersebut akan ditiru dan di copy paste-kan di alam realiti oleh para remaja kita yg sudah tentu ramainya "melayu islam" yg menjadi para "pelakonya"..
Satu kajian di Jepun yg menyatakan setelah disiarkan dikaca tv bagaimana seseorang itu membunuh diri..selang seminggu kemudian terdapat beberapa kes bunuh diri yg sama dengan apa yg telah disiarkan seminggu yg lalu..ini bermakna penonton tidak melupai aksi yg dilihat tetapi akan ditiru oleh mereka tanpa mereka sedar..
Sudah-sudahlah dengan filem-filem yg memaparkan realiti mat rempit,pelacur,penjenayah,maknyah,pondan,gay,lesbian,gigolo,anak ikan dan bermacam-macam lagi yg menjadikan realiti busuk lagi membusukan masyarakat melayu islam khususnya..
Cubalah mencari satu formula utk membuatkan penonton-penonton filem dapat mematangkan pemikiran mereka dan menjadikan mereka lebih terpelajar dan matang..
Dengan tersiarnya filem ini di pawagam sudah tentu akan menghasilkan VCD,DVD dan seterusnya akan disiarkan di ASTRO..maka perilaku dan aksi-aksi bohsia dan bohjan akan sentiasa dekat dimata hati masyarakat melayu islam..oleh itu janganlah terkejut,terkesima,terlopong melihat akan muncul kembali fenomena "BOHSIA DAN BOHJAN" dinegara kita...
3 comments:
completely right...
i agreed! demmit to the director!
betui tu...aku pOng setuju jgOk...
dengan adanye filem sebegitu,mat2 rempit semakin menjadi-jadi,dan mereka berbangga dengn aksi2 mereka....
Post a Comment