Menjelajah Lombong Tembaga Bawah Tanah Terbesar Di Dunia
Sekumpulan wartawan Malaysia yang baru-baru ini berada di Chile berpeluang melawat satu tempat yang jarang dikunjungi pelancong - lombong tembaga bawah tanah terbesar di dunia.Lawatan ini membawa mereka jauh ke dalam kawasan pergunungan Banjaran Los Andes, ke sebuah lombong tembaga yang dikenali sebagai El Teniente, berdekatan dengan pekan lombong Sewell yang terletak 85 kilometer ke selatan Santiago, ibu negara Chile.Lawatan media ini diatur oleh Duta Malaysia ke Chile Abdullah Faiz Zain.Kumpulan ini mendapati sukar untuk mengawal rasa teruja, khasnya apabila sampai di sebuah bilik khas untuk dilengkapkan dengan beberapa peralatan yang perlu semasa berada dalam lombong bawah tanah. Sebelum itu mereka diberi taklimat ringkas.SEPERTI DALAM FILEMPara pelawat perlu memakai topi keledar yang dilengkapi lampu, tali kaledar keselamatan bersama bateri untuk lampu itu, jaket pendarfluor dan kasut but.Seorang daripada anggota kumpulan berkata panorama dalam lombong itu bagaikan dalam filem James Bond di mana ejen perisik hebat ini memusnahkan tempat persembunyian penjahat di bawah tanah, dalam sebuah kompleks yang canggih jauh di dalam gunung.Sementara tempat persembunyian penjahat seperti itu tidak wujud di sini, kemudahan yang terdapat jauh di bawah tanah ini adalah benar dan turut mengagumkan bersama lebih kurang 2,500 kilometer rangkaian terowong yang digali jauh di dalam banjaran gunung."Kita mempunyai sembilan buah restoren, dua hospital, sehinggakan sebuah stesen kereta api antara lain, dalam kemudahan 14 aras ini di dalam gunung ini sahaja", kata jurupandu kami Romolo Giraudo Hellman semasa ditemui di El Teniente baru-baru ini.El Teniente merupakan sebuah daripada lima bahagian kendalian utama milik syarikat Chile, Codelco, atau Corporacion Nacional del Cobre de Chile (National Copper Corporation of Chile) pengeluar utama tembaga dunia. Empat yang lain ialah Codelco Norte, Salvador, Andina dan Ventanas.DUNIA YANG BERLAINAN DI BAWAH TANAHHellman berkata syarikat pengeluar terbesar tembaga dunia ini dimiliki 100 peratus oleh kerajaan dan mengeluarkan 1.66 juta tan logam itu pada 2007, yang meliputi 11 peratus daripada jumlah output dunia, dan ia juga memiliki rizab dan sumber tembaga terbesar dunia.Beliau berkata syarikat ini mempunyai lebih daripada 18,000 pekerja, dengan lebih kurang 3,500 daripada mereka ditempatkan di El Teniente.Para pelawat kemudian dibawa dalam van ke dalam terowong dalam gunung yang indah pemandangannya di Banjaran Los Andes. Ketinggian gunung ini adalah lebih kurang 2,500 meter dari aras laut.Ia gelap, agak menakutkan, jadi pastikan anda tidak ke mana-mana berseorangan atau hilang dalam terowong-terowong ini. Oleh kerana ini Hellman seringkali menjerit "SEMUA SEKALI" untuk memastikan tiada orang yang ketinggalan dan ia merupakan satu-satunya ungkapan Bahasa Malaysia yang dipelajarinya pada hari itu.Di sepanjang perjalanan, lebih kurang 10 kilometer dengan van dan dengan kaki menerusi terowong yang gelap itu, Hellman banyak bercerita.RANGKAIAN TEROWONGSejak 1905, lebih kurang 2,500 kilometer terowong telah digali dalam kawasan pergunungan ini yang daripadanya 800 kilometer masih digunakan dan pada setiap tahun lebih kurang 64 kilometer terowong baru dan galeri digali.Di salah sebuah terowong ini, para pelawat menyaksikan sebuah jentolak bekerja di sebuah ruang yang sempit, mengorek dinding dan menolak tanah ke dalam sebuah lubang untuk diangkut keluar dan diproses.Kemudian terdapat sebuah bilik kawalan, yang menurut Hellman tidak lama lagi bukan sahaja kerja lombong dapat dikendalikan dengan selesa dalam bilik duduk, malahan dalam bilik duduk yang terletak beribu-ribu batu dari gunung ini.Kerja-kerja menggerudi, meletup dan memecah batu boleh dilakukan dengan mudah dengan hanya menekan butang dari bilik kawalan ini, dan semuanya boleh dipantau melalui kamera yang dipasang di dalam.Mereka di luar mungkin berpendapat keadaan dalam terowong ini pengap dan panas, tetapi pengalaman lawatan ini menunjukkan di sebaliknya.LAWATAN BAGAIKAN CERITA DEWA DEWIRommel berkata lombong itu mempunyai 20 motor pengudaraan besar untuk mengekalkan suhu dan persekitaran di dalam supaya para pekerja berasa selesa.Kumpulan pelawat kemudian dibawa ke satu lagi aras dan menyaksikan satu lagi pemandangan yang menakjubkan, pemandangan "La Caverna de los Cristales", satu ruang yang sempit dengan kristal gypsum sepanjang beberapa meter, bersama diameter yang hampir serupa dengan batang pokok yang besar.Apabila ruang ini dibuka semasa melombong, pemandangannya begitu hebat sehinggakan syarikat perlombongan itu mengambil usaha untuk memuliharanya daripada kemusnahan dan telah memasang lampu warna di belakang kristal ini memberikan gambaran alam dewa-dewi.Lawatan ke El Teniente pasti tidak lengkap dengan persinggahan ke pekan lombong Sewell di luar gunung itu.Sewell, yang juga dikenali sebagai "bandar tangga," dibuka pada 1905 pada ketinggian 2,130 meter dari paras laut untuk menempatkan pelombong tetapi ditinggalkan pada awal 1970-an.Hari ini, tiga tahun selepas Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco menyenaraikannya sebagai antara 10 tapak baru Senarai Warisan Dunia, ia menyediakan muzium yang kecil bagi para pelawat untuk menyingkap sejarah tempat itu. - sumber http://www.bernama.com/
No comments:
Post a Comment