Saturday, May 30, 2009

Ulat dan Lalat...


foto; Ulat dari lalat


Ulat Rawat Ulser Kronik
"Mungkin ulat-ulat ini dapat menyelamatkan kaki mak cik daripada dipotong", itulah kata-kata semangat seorang perawat kepada seorang penghidap kudis kronik di kaki akibat diabetis yang teruk."Jangan bimbang mak cik, ulat-ulat ini cuma makan luka dan kulit yang mati sahaja, yang elok langsung dia tak usik", kata perawat itu lagi.Itulah kata-kata seorang perawat yang mengamalkan 'Maggot Debridement Therapy' bagi pesakit diabetis yang mempunyai luka atau kudis yang kronik dan sukar untuk sembuh.Menurut pengurus Edaran Arif Medik Sdn Bhd, Mohd Ashraf Kamarul Zaman, yang juga pengurus projek Maggot Debridement Therapy, penggunaan 'ulat lalat' di Malaysia untuk tujuan perubatan adalah yang pertama setakat ini."Kajian mengenai kaedah ini telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)", kata beliau kepada Bernama di sini baru-baru ini.
foto; Lalat negara barat" Lucilia Sericata."
DUA SPESIES
Menurut Mohd Ashraf, spesies ulat lalat yang digunakan itu adalah dari jenis Lucilia Cuprina iaitu lalat tempatan manakala di negara-negara Barat, spesies yang digunakan dikenali sebagai Lucilia Sericata.
foto; Lalat tempatan "Lucilia Cuprina"
Kedua-dua spesies ini telah dikenalpasti berkesan dalam merawat luka kronik yang sukar sembuh."IMR telah membuat kajian mengenai ulat lalat ini dan menemui satu spesies berlainan dengan yang terdapat di Eropah, ianya dikenali sebagai Lucilia Cuprina yang dapat memainkan peranan dalam menyembuhkan luka", kata beliau lagi.
Mohd Ashraf berkata syarikat Medical Biotheraphy Sdn, anak syarikat Edaran Arif Medik, telah pun mendapat hak eksklusif daripada IMR untuk memasarkan ulat-ulat tersebut bermula Disember 2008 di Malaysia.Kini ia dipasarkan di hospital, klinik dan pusat yang berdaftar.
RAWATAN
Beliau berkata, ulat lalat ini mampu merawat luka kronik yang dialami oleh manusia.Menurut Mohd Ashraf, ulat lalat ini merawat kulit yang ada luka terlalu kronik, contohnya pesakit diabetes apabila mempunyai luka yang kecil mudah merebak, membesar dan payah untuk sembuh."Kesukaran pesakit diabetes sembuh daripada luka pula adalah disebabkan terdapatnya tisu mati yang menyebabkan peredaran darah menjadi terbantut dan jangkitan senang berlaku".Menurut beliau, ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila menjumpai tisu yang hidup ulat-ulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut.Katanya lagi, proses untuk menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami."Kalau luka di peringkat awal, tapi ada tisu mati, kita letak lava (ulat) ini dalam 48 jam, sekali aplikasi. Maksudnya jika kita letak ulat tu hari ini, lusa baru kita akan buka (balutan).Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini akan sembuh sepenuhnya daripada luka tersebut, namun katanya jika luka itu terlalu teruk ianya tidak boleh pulih hanya dengan sekali rawatan sahaja.
PENYUCIAN LUKA
Mohd Ashraf berkata, penggunaan ulat ini dalam penyucian luka memang bagus kerana ulat lalat ini mempunyai enzim yang mampu untuk mempercepatkan penumbuhan tisu."Ulat ni tak makan macam kita (manusia) makan, ulat ni bila dia nak makan dia akan rembeskan enzim dulu. Enzim tersebut akan mencairkan tisu-tisu mati dan ia pulihkan balik luka tersebut dengan mempercepatkan penumbuhan tisu", kata beliau lagi.Beliau berkata selain penggunaan ulat lalat ini bukan sahaja tertumpu pada pesakit kencing manis tetapi juka luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpama."Sebenarnya rawatan ini bukan pada pesakit kencing manis sahaja, cuma antibodi pesakit kencing manis sahaja yang agak kurang, jadi luka tu cepat merebak dan susah nak sembuh", kata beliau.Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang baru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunyai tisu yang mati sahaja. sumber www.bernama.com


No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009