Tuesday, May 12, 2009

Timbanglah...

foto; indah benar gambar ini..menceritakan seribu kisah...diharap keadan ini akan sentiasa segar..sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Perak..

Mahkamah Tinggi semalam telah memutuskan bahawa selama ini Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Maknanya tak ada Menteri Besar (MB) lain sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak sejak 8 Mac 2008 sehingga hari ini yang sah bergelar MB selain daripada Ir. Nizar.
Jadi kalau macam itu, kenapa pula Mahkamah Rayuan boleh benarkan ”stay of execution” yakni menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga selesai kes rayuan daripada MB ’haram’. Jikalau nak rayu silakanlah rayu sebab itu hak mereka tetapi kenapa dalam tempoh rayuan Zambry pula yang jadi MB sedangkan Mahkamah Tinggi dah kata Ir. Nizar saja MB yang sah selama ini. Sepatutnya sehingga selesai kes rayuan, Ir. Nizarlah patut jadi MB. Inilah negaraku Malaysia, penuh dengan ajaib bin hairan. sumber- petikan dari http://anakbapa.blogspot.com/

usinkata; ada tak sapa-sapa yg boleh tolong "korek" siapa sebenarnya Hakim Mahkamah Rayuan yg membenarkankan permohonan Adun Pangkor menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yg mengistiharkan MB Haram Perak Adun Pangkor adalah "HARAM/TIDAK SAH"..
Saya bukan nak double standardkan Hakim Mahkamah Tinggi dengan Hakim Mahkamah Rayuan..tetapi ini berdasarkan hujah dari kedua hakim ini berhubung keputusan depa..

Hakim Mahkamah Tinggi;
Memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.Dalam kes ini, tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar.
"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"
"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan,"

berdasarkan hujah HakimMahkamah Tinggi menunjukan Hakim telah merujuk pada kes yang lalu serta Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan bukanlah bersifat menyelamatkan seseorang atau pun "kerajaan"..

Hakim Mahkamah Rayuan:
Berdasarkan hujah peguam iaitu bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.
Maka Hakim berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.
"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak,"

berdasarkan hujah Hakim Mahkamah Rayuan "tersembunyi suatu persoalan"..adakah ini bertujuan menyelamatkan "Kerajaan Haram UBN di Negeri Perak"semata-mata dengan menghalang YB Nizar memohon bubarkan DUN....

timbanglah kedua-dua informasi dari pihak media proUBN dan media proPakatan Rakyat..

dari media proPakatan Rakyat;
Stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.Ini bermakna, penangguhan pelaksaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry bukannya bermakna Zambry boleh berbuat apa-apa fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB Perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat MB Perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.Kesan perintah penangguhan itu terhadap MB yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai MB selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa. Soalan pokok siapa MB Perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah MB Perak yang sah dan kekal sebagai MB di negeri Perak sekarang.Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai MB (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila-bila masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.Jadi, persoalan besar sekarang, dari mana Zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai MB sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang..? sumber- http://perisik-rakyat.com

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009