Saturday, May 16, 2009

"Ditelan mati emak..diluah mati ...??????"


Saya cukup menghormati Datuk Kadir Jasin..kerana pada kacamata saya beliau seorang ahli UMNO yg berpijak dibumi nyata...mengapa saya berkata begitu..cubalah lihat bagaimana beliau memberikan kenyataan didalam Forum ‘Conversation’ Trend Pilihan Raya Kecil” yg berlangsung di PWTC pada hari jumaat 15/05/09..
Lihat sahaja kenyataan beliau yg begitu cool dan langsung tidak ada niat utk menghentam pembangkang kerana beliau cukup memahami apa "tajuk' forum tersebut..
Sebaik ahli panel yang lain menyentuh isu kurang ajar,Datuk Kadir Jasin berkata "UMNO tidak perlu bersikap kurang ajar apabila pembangkang "kurang ajar"...tetapi UMNO patut bertindak tegas apabila berhadapan tindak tanduk pembangkang.."
Forum itu turut menyentuh peranan media baru terutama blog yang dikatakan amat berkuasa tetapi dinafikan Kadir dengan berkata, sebenar media arus perdana yang lemah maka media baru nampak seperti hebat.
Saya ingin menambah sedikit mengapa Datuk Kadir Jasin berkata begitu..ini kerana dia begitu telus mata melihat "persembahan" yg dipersembahkan media arus perdana yg sememangnya "berat sebelah".."tempang".."senget".."kerusi tak cukup kaki"..lama-lama didalam keadaan begitu tidak mustahil media arus perdana akan dimuziumkan bersama-sama UMNO/BN..
Saya fikir jika forum ini tidak menjemput Datuk Kadir Jasin..tidaklah ramai yg menghadirinya..apatah lagi dibuat di PWTC..."kandang UMNO"..hati kecil saya "kuat"berkata majoriti yg hadir adalah peminat-peminat Datuk Kadir Jasin...kenapa saya berkata sebegini..lihat sajalah 2 org lagi ahli panel yg turut serta..
1; Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun
2; Prof Dr Zainal Kling daripada UPSI
Inilah pengampu terbesar UMNO/BN dari UPSI..adoii laa...ada ka patut dia kata .."Politik kini memasuki permainan baru – lawan tetap lawan tetapi UMNO tidak pernah memburukkan pembangkang termasuk (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Baik atau tak baik, menang atau tak menang, mereka tetap memburukkan UMNO,” ....hmmm...ini salah seornag lagi ahli kelab "Melayu Mudah Lupa"..cukup-cukuplah cerita "liwat kali 1 dan kali 2...sudah cukup membogelkan UMNO yg dikatakan tidak pernah memburukan DSAI..
Mamat yg sorang lagi tue..penasihat Undang-undang UMNO...kalau aku ini ahli UMNO dah lama aku usulkan utk memecat beliau..bukan hapa..dia nie mcm penasihat 25% dlm cita 3 Abdul..apa punya penasihat sampai Zambry kalah di Mahkamah Tinggi dlm kes "siapa MB Perak yg sah?" dan kemelut di Perak semakin berlarutan...penasihat yg melingkupkan ada la...
Pendapat saya kepada UMNO...jika forum-forum sebegini haruslah dilakukan di setiap DUN..dan bukanya dibuat di PWTC..bukan apa memang bole buat didalam PWTC sebab lepas nie media proUMNO/BN akan laporkan kepada seluruh rakyat..namun sekarang ini memang masih ramai yg membeli dan membaca media tersebut tetapi pembacaan mereka hanya tertumpu dibelakang sahaja..baca hal sukan,luar negara,cerita artis,..so macam mana nak manipulasikan minda anak muda agar kembali kepada UMNO/BN..
Saya cadangkan kurangkan berita sukan,cerita artis,luar negara dan yg lain-lain lagi..tumpukan usaha utk mempromosikan UMNO/BN..
Tapi..kalau dibuat sebegitu..siapa pula nk membeli....ish..ish..ishh..confirm xlaku punya...xkan nak bagi free iap2 minggu..
ishh.....sushah!!..sushah!!....ditelan mati emak diluah mati la UMNO/BN...!!!

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009