Tertelan air liur 2 3 kali saya apabila membaca laporan mstar.com hari ini dimana keputusan Mahkamah Rayuan yg akan mendengar Rayuan Adun Pangkor terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.
Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.
Adoii la..mcm nie takan ada la sapa-sapa yg akan "crazy' isnin 18/05/09 yg makin hampir tiba..Hakim Mahkamah Rayuan ini pon sekarang mcm nak tumbuh "lidah biawak" saja..sebelum ini berhujah mengatakan bahawa mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Adun Pangkor. Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya lagi..
Tup-tup nak dengar semua rayuan hari khamis nie pulak..apa "cer" nie cik hakim..nak main silap mata pula ka..atau nak jadi alat bantuan pernafasan kat Adun Pangkor serta kuncu-kuncunya..
Adakah dengan rayuan kedua-dua pihak ini didengar pada hari Khamis 21/05/09 membolekan Adun Pangkor mengadap Sultan dan seterusnya memohon perkenan utk mengadakan sidang tergempar DUN yg sememangnya akan mempunyai usul undi tidak percaya kepada MB Perak YB Nizar..jika ia benar... maka taktik ini sudah dihidu oleh Pakatan Rakyat
Ini dapat dilihat apabila V.Sivakumar hari ini menfailkan utk memohon perintah Mahkamah Tinggi agar R.Ganesan tidak menggangu beliau menjalankan tugas.Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya.
Dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan hari ini menjadikan kemelut politik Negeri Perak semakin kalut,selut,ribut,terlalut dan melalut..siapakah puncanya?....."Najib"...no komen..lu pikir la sendiri..
No comments:
Post a Comment