Sunday, May 31, 2009
Ini serius !!!!!
"Encik" didalam gambar ini tertidur kerana kurang pengundi di Penanti dakwa MARFEL yg turut merakam aksi beliau "tertidur"..
Mengikut akal pendek saya apabila membaca dan melihat laporan mengenainya..sudah terlintas dihati...."Encik" ini penjawat awam..emmm..beginikah kualiti penjawat awam atau @ kakitangan kerajaan..?
Inilah padahnya apabila "terlalu dimanjakan" oleh kerajaan UMNO/BN yg memerintah negara sekarang ini..pelbagai kemudahan dan kesenangan dilimpahkan kepada golongan ini..yang tersepit "KAMI" lah..pekerja swasta..apabila golongan ini berada di zon selesa..apabila perut kenyang..mata pun layu la..kepala pula merayu hendakan bantal..
Jika senario sebegini boleh terjadi di saat semua lensa kamera media menuju ke PRK Dun Penanti apatahlagi di kawasan yg sememangnya "terceruk" dari lensa kamera..apatah lagi lebih teruk "aksi-aksi" penjawat awam yg diamanahkan memudahkan dan menjalankan segala urusan rakyat..
Sejujurnya saya mengakui "terliur" dengan jaminan dan harapan utk bersama-sama menjawat jawatan sebagai "geng-geng gomen"..namun begitu masih belum kesampaian..perkara paling utama perlu ada utk bergelar 'kakitangan kerajaan" sudah semestinya perlu ada "KABEL"..jika tiada usah bermimpi disiang atau malam hari utk join group "gomen"..
Semenjak dua menjak ini begitu banyak "temuduga" yg melibatkan kemasukan ke dalam organisasi kerajaan..oleh itu ramailah dikalangan "KAMI" termasuklah saya memasang pelbagai angan-angan dan harapan...namun dari 100 calon yg menghadiri temuduga hanya 10 sahaja yg berjaya..lain-lain..gigit jari..
Agak menyedihkan juga sekiranya 90 calon yg bersusah payah hadir serta membuat pelbagai persiapan utk sesi temuduga..mengetahui bahawa 10 calon yg berjaya itu..awal-awal lagi sudah berada didalam list "berjaya"..sebelum temuduga lagi..
10 calon tersebut adalah dari organisasi kerajaan sendiri yg hanya menghadiri temuduga utk dinaikan "pangkat" atau "gred"..
manakala 90 calon yg lain-lain itu hanya pelengkap "sparing partner" atau calon pelengkap jadual yg ditelah ditetapkan..
Sesi "temuduga" jawatan didalam kerajaan hanyalah "wayang" atau "opera" cina utk rakyat..apatahlagi kepada pekerja swasta...semuanya sudah "dirancang"..diskripkan".."dieditkan"..just tukang temuduga itu perlu copy paste sahaja dari apa yg sudah tertulis didalam buku skripnya..
Lebih meremukan hati apabila ada calon yg terpaksa mengambil cuti tanpa gaji serta terpaksa mengeluarkan belanja sendiri menuju ke tempat temuduga dengan penuh harapan..alih-alih "terpaksa dan dipaksa" menjadi "pak pacak" atau "pelakon tambahan" dalam cerita "TEMUDUGA HARI INI"...arahan dari Pengarah filem tersohor "SPA"..tanpa sebarang upah dan "gaji"...semuanya hanya sukarela..anggapkan sahaja semua ini hanyalah "sedekah ikhlas"..
Apa yang pasti setelah Puan Gabenor Negara mengisytiharkan ekonomi negara diparas -6.2% menambahkan lagi keyakinan bahawa "tawaran dan peluang" pekerjaan disektor awam( geng gomen)..hanyalah 1penipuan..1pembohongan..1wayang..1jalan-cerita..1skrip..utk menyedapkan hati rakyat khususnya pekerja swasta yg semakin hari semakin "tersepit" dan "terhindit"...lemas dan kepanasan ditengah-tengah kehangatan kegawatan ekonomi diparas paling teruk dan "meleset" selepas 1998...
Negara kini dalam kemelesetan ekonomi secara teknikal..manakala pekerja swasta didalam kemelesetan ekonomi tahap "cacing kepanasan" bukan lagi "nyawa-nyawa ikan"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment