Laluan Kontra Di Laluan Alor Setar-Gurun Sehingga 12 Jun
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) telah membuka satu laluan kontra di laluan Alor Setar-Gurun, antara KM63.66 hingga KM65.15 (arah selatan), di Pendang berikutan kerja-kerja pembaikian tanah beralun di lokasi berkenaan.Plus Expressways Berhad dalam satu kenyataan Jumaat berkata kerja-kerja pembaikian yang bermula semalam akan berterusan sehingga 12 Jun depan.Laluan kontra itu dibuka berterusan selama 24 jam bermula semalam hingga 11 Jun depan, manakala pada 12 Jun, laluan kontra itu hanya dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang, menurut kenyataan itu lagi.Sehubungan itu, semua pengguna lebuh raya dinasihati memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua arahan ketika menggunakan laluan itu.Untuk keterangan lanjut pengguna jalan raya boleh menghubungi PLUSLine di 1-800-88-0000 atau Jabatan Komunikasi Korporat di 03-7981 8000.
No comments:
Post a Comment