Friday, May 22, 2009

Kenapa nampak sedih jaa..?



Agak menghairankan bila melihat riak muka/perasaan Adun Pangkor selepas barisan peguamnya berjaya meyakinkan 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan utk menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan YB Nizar adalah MB Perak yang sah..

Sepatutnya beliau mestilah menunjukan barisan gigi dan senyuman yg paling menawan apabila mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan beliau MB Perak kini..

Tetapi apa yang muncul/tergambar dikaca tv riak kurang gembira/berduka lara yg dipamerkan oleh Adun Pangkor..

Kenapa begitu..?...pelik..?

Adakah dengan pendedahan Husam Musa didalam posting beliau dalam blognya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.
"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional (BN) sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

Jika benar maklumat ini maka wajiblah bagi Adun Pangkor kurang "best" hari ini walaupun beliau "menang" besar..

Atas perilaku beliau didalam sidang akhbar yg menunjukan "kurang best" sudah memperkukuhkan lagi "maklumat" yg diterima oleh Husam Musa yg juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan..

Dalam riak "kocak" air muka Adun Pangkor sudah menggambarkan bahawa beliau sudah semakin hampir dijemput "ajal politik"...ini kerana sudah hampir pasti beliau tidak lagi akan tercalon sebagai Calon Adun Pangkor utk pilihanaya negeri Perak yang baru selepas pembubaran yg dipohon oleh beliau sendiri kepada Sultan Perak..

Seandainya beliau tercalon sekali lagi utk DUN Pangkor.. beliau juga akan menjadi masalah besar utk UBN kerana dengan tercalonya beliau dapatlah diumpamakan "UBN sedang memikul selsema babi"..ini kerana sudah pasti semua rakyat negeri Perak akan "mengkuarantinkan" undi mereka utk UBN..

Kesian kat Adun Pangkor ini..."di-babi hitam-kan"oleh Najib dalam kemelut politik negeri Perak..

Takziah utk anda Adun Pangkor....................

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009