usinkata; Kehangatan isu "ALONG" yang menjadi tajuk utama media-media uatama negara..teringat kembali saya mengenai satu cebisan keratan akhbar yang telah saya gunting utk dimasukan kedalam blog ini....saya memotongnya pada hari Khamis 21.5.2009 dan keratan akhbar itu bertarikh ISNIN 18 MEI 2009 yg memaparkan surat pembaca daripada ANAK TIRI MALAYSIA,Tanjung Karang Selangor...marilah kita ikuti tulisan beliau didalam akhbar tersebut..
BANK UTAMA KAKITANGAN AWAM, PEKERJA SWASTA TERPAKSA CARI ALONG
Baru-baru ini saya berkunjung ke beberapa bank utk mendptkan pinjaman peribadi.Seleaps mendengar beberapa syarat dikenakan,saya melangkah keluar dengan peraaan kecewa.
Satu daripada syarat yang dikenakan ialah pinjaman itu hanya disediakan utk kakitangan kerajaan .Kalau adapun peluang utk pekerja swasta,gaji minimum diperlukan terlalu tinggi.Misalnya jika kakitangan kerajaan,memadai dengan pendapatan RM800 sebulan,sedangkan pekerja swasta,diperlukan bergaji RM3000 sebulan.
Kalau saya sudah berpendapatan RM 3000 sebulan ,buat apalah saya hendak memohon pinjaman peribadi lagi.Saya faham kakitangan kerajaan mempunyai pekerjaan tetap sedangkan pekerja swasta boleh bertukar majikan sesuka hati.
Namun, sepatutnya pihak bank turut mengambil kira berapa lama perkeja swasta itu berkhidmat disesebuah syarikat.Rasanya tidak munasabah sekiranya pekerja swasta yang berkhidmat melebihi 10 tahun akan berhenti sesuka hati mereka tanpa alasan.
Adakah pihak bank berpendapat semua pekerja swasta memperolehi pendapatan melebihi RM1000 sebulan?Saya harap sangat pihak bank dapat melonggarkan sedikit syarat yang dikenakan.
Saya ingin membuat pinjaman peribadi kerana menghadapi masalah kewangan dan utk pengetahuan pembaca,saya sudah berkhidmat disayarikat yang sama selama 20 tahun.Saya rasa inilah satu sebab kenapa "along" menjadi pilihan.
Kalau hendak dihuraikan satu persatu memang terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada kakitangan kerajaan,misalnya faedah yg dikenakan utk membeli kenderaan terlalu rendah.Bayaran penginapan di hotel juga jauh lebih murah utk mereka berbanding KAMI DI SEKTOR SWASTA.Kenapa kami terlalu dibezaklan denga mereka?Apa istimewanya mereka yang hanya beberapa jam bekerja berbanding dengan kami yang bekerja tidak mengia masa?
Atau mungkin kerana mereka,kakitangan kerajaan maka sudah pasti mereka yang menyokong kerajaan?
Terimalah kenyataanya,bukan semua kakitangan kerajaan menyokong kerajaan,malah ada segelintirsanggup berkempen secara senyap utk menjatuhkan kerajaan..
usinkatalagi; Dengan kenaikan mendadak tangga gaji geng-geng "gomen" ini telah menyebakan kenaikan harga barang yang melampau dan ditambah pula kenaikan harga minyak terus menekan dan menindas golongan pekerja swasta khususnya..walaupun harga minyak dan barang ada sedikit penurunanya kini namun masih banyak lagi tekanan dan bebanan yg dipikul oleh "KAMI" akibat dari "kemanjaan" kerajaan terhadap kakitanganya..
Dengan layanan kerajaan kepada"KAMI" diwaktu ini,menunjukan "kami" tiada nilai dimata kerajaan/negara...padahal "KAMI"lah yg selama ini memacu ekonomi negara dari status negara pertanian kepada negara industri....
Geng-geng "gomen" buat apa..setakat buat "pengurusan" negara sahaja..kamilah yg bersengkang mata 8am -8pm...8pm-8am...depa syok-syok lena...
Tidaklah dinafikan bahawa kakitangan kerajaan yg beruniform seperti polis,tentera,bomba,jururawat dan yg berada "dihadapan perbarisan" juga "bekerja seperti kami"..tetapi yg berada "dibelakang barisan" cukup-cukup menyakitkan hati dan mata/telinga..
Cukup-cukuplah segala tuntutan mereka dipenuhi oleh kerajaan..kasihakan "kami" sebagai warganegara Malaysia..dan juga "manusia"
Bayangkan seorang ibu tunggal bekerja disektor swasta/kilang bergaji RM450 dan mempunyai 5 orang anak...bagaimanakah dia menempuh dugaan hidup ini tanpa pembelaan..
Setiap hari saya mendegar dan melihat keperitan yg mereka lalui..namun siapa saya..apa daya saya...saya cuma seorang technician "pekak" sahaja..
No comments:
Post a Comment