foto;Azilah yang menjadi saksi pendakwaan bagi kes pembunuhan di Mahkamah Seksyen Klang semalam.
Azilah jadi tumpuan bukan tertuduh kes ah long
KLANG - Kebiasaannya apabila kes-kes di mahkamah yang menjadi perhatian lensa jurukamera media ialah orang kena tuduh.
Namun keadaan di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila yang 'diburu' wartawan dan jurukamera media ialah Cif Inspektor Azilah Hadri yang hadir sebagai saksi pendakwaan ketujuh.
Kehadiran Azilah ke mahkamah semalam juga dengan penampilan berbeza iaitu tidak memakai ala ninja seperti kebiasaan pada perbicaraan kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28.
Sebaliknya, Azilah hanya menutup mukanya mengguna kertas dan buku bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar.
Azilah dalam kes tersebut merupakan pegawai penyiasat kes pembunuhan seorang ah long yang dikendalikannya tujuh tahun lalu.
Semasa itu, Azilah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sebelum ditukarkan ke Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.
Pada 10 April lalu Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama Koperal Sirul Azhar Umar, 37, setelah mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh Altantuya.
Azilah yang hadir semalam dengan kedua-dua tangannya digari dan diiringi oleh beberapa pegawai penjara Kajang sebelum memberi keterangan sebagai saksi ketujuh selama 30 minit bermula pada pukul 11.25 pagi.
Azilah memberi keterangan bagi perbicaraan kes pembunuhan Tan Chaw Pang, 46, yang didakwa dilakukan oleh dua tertuduh Roslan Abd. Rahim, 52, dan Arizan Suparman, 50, di Kampung Sungai Merab Luar, Dengkil pada 21 Februari 2002. sumber www.kosmo.com
No comments:
Post a Comment