Wednesday, May 13, 2009

Kelab Bogel Veteran..?

LEEDS - Seorang wanita berumur 63 tahun, Angela Baker melancarkan satu lagi kalendar bogel selepas 10 tahun melakukannya buat pertama kali, lapor sebuah akhbar semalam.
Kematian suaminya, John Baker akibat leukemia menyebabkan 11 wanita membenarkan gambar bogel mereka dirakamkan untuk dijadikan kalendar pada 1999.
Wang hasil jualan kalendar itu digunakan untuk membiayai kos penyelidikan penyakit kanser.
Kelmarin, sebanyak enam daripada 11 wanita itu memutuskan akan beraksi bogel sekali lagi untuk kalendar 2010.
Angela akan berbogel bersama Tricia Stewart, 60, Beryl Bamforth, 75, Lynda Logan, 65, Chris Clancy, 57, dan Ros Fawcett, 59.
Menurut Angela, dia menganggap suaminya akan berasa gembira dengan kejayaan rakan-rakannya membantu membiayai kos penyeldikan kanser. - sumber www.kosmo.com.my

usinkata;inilah dia salah satu agenda yg ingin menyesatkan minda umat islam....perlaku sebegitu dianggap satu kebaikan atau kebajikan ..renungkanlah..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009