Saturday, May 16, 2009

Pakcik Tua naik Yamaha LC..

Terdapat 1 program yang melibatkan UMNO pada hari jumaat 15/05/09 telah menarik perhatian saya..

"Program Bicara Anak Merdeka"

Ianya diadakan di bangunan PWTC Aras 4 didalam sebuah cafe yg diberi nama Cafe Merdeka..program ini adalah salah satu usaha utk meremajakan kembali Umno yg sudah kerepot..walaupun UMNO melalui Ku Nan menegaskan bahawa UMNO tak perlu proses penjenamaan semula.





Cuba bayangkan program utk mendekatkan UMNO dengan anak-anak muda diketuai oleh "org lama".."org tua".."org veteran".."org yg rumah kata pergi kubur kata mari.."..siapa dia...Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor( ehh..tengku ka dia nie..?)..boleh masuk ka org seperti Tengku Adnan ini nak berbual bicara dengan anak-anak muda....seandainya aku ini ahli UMNO..ish..ish..mmg segan dan macam xkena line saja kalau duduk bersembang dengan Setiausaha Agung UMNO..satu nama besar tue..nak jumpa pun(personal) kena buat "appointment"....pejabat pon kat PWTC..aku yg dok kampung nie mcm mana..rasa cuak jugak tengok PWTC nie..





Ada macam tak kena saja program ini diadakan di PWTC..umum dah tau PWTC tue UMNO yang punya..maka janganlah diberi nama "Bicara Anak Merdeka"..tapi "Bicara Anak-Anak UMNO Merdeka".... confirm yg "terpaksa" menghadirkan diri itu adalah Putera UMNO dan Puteri UMNO..betul ka..?...yg hadir tue mesti tau siapa diri mereka sebenarnya..




beberapa anak-anak muda bergambar dengan Ku Nan...siapa mereka ini..?






Tersengih-sengih aku bila baca kenyataan tegas Ku Nan..;- "UMNO tidak perlu kepada penjenamaan semula sebaliknya hanya perlu diperkenalkan semula kepada generasi muda yang tidak mengenali sejarah perjuangan parti itu yang amat berkait rapat dengan pembentukan negara bangsa dan mempertahankan Islam."





Beliau mengakui antara punca generasi muda hari ini dikatakan menjauhkan diri mereka dengan UMNO dan kerajaan kerana mereka tidak diingatkan secara berterusan sejarah perjuangan UMNO dan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada negara


Adoii la cik Ku Nan...saya ingat di nie tergolong dalam golongan "Melayu Mudah Lupa"..apakata try pi check buku teks sejarah kat sekolah-sekolah..confirm akan jumpa sejarah perjuangan UMNO kat dlm tue..oleh itu..bukankah setiap tahun "peringatan ini" diingatkan kepada setiap anak muda..anak-anak dibangku sekolah..apatah lagi setiap menjelang bulan Ogos setiap tahun diulang siar "peringatan sejarah perjuagan UMNO"..tidak cukup lagi kah...


Baru saya sedar ketika saya dibangku sekolah saya "dipaksa" membaca dan memahami sejarah perjuangan UMNO....adoii..kesian kat saya..


Program tersebut berjalan 1 jam setengah sahaja..alahaii..sekejap ja...boleh terungkai ka segala persoalan yg bersarang didalam kepala hotak setiap hadirin..cukup ka...ingat cukup "membuang masa sahaja.."..


Satu cadangan kepada UMNO...kalau nk buat program bual bicara seperti ini apa kata buat di tempat tumpuan para mahasiswa...diluar kawasan takluk UMNO..bukan apa program seperti ini umpama program "syok sendiri"..sudah la sangat pendek masanya...air segelas pon xsempat habis..

Program sebegini umpama "pakcik tua naik Yamaha LC"..huhuhu..





No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009