Monday, April 20, 2009

"Ada Hikmahnya..."

Keputusan telah dibuat dan juga telah diumumkan...jurulatih skuad kebangsaan bukanlah Azrai tetapi K.Rajagopal...
Untuk itu sedikit kelegaan disudut hati kerana Azrai tidak terpilih..mungkin bukan rezeki dia dan sememangnya ada hikamah disebalik keputusan FAM itu..
Kelegaan yang dimaksudkan adalah dimana "the power of motivation" utk skuad Kedah adalah Azrai..tanpa Azrai sukar sekali bagi skuad Kedah dapat mengembalikan motivasi diri setelah tunduk kepada sebarang tekanan..
Saya juga tidak dapat nak bayangkan bagaimana Kedah akan bermain tanpa arahan dari Azrai kerana sudah sinonimnya Azrai dan Kedah..bagaikan sudah sebati...
Kedah diangkat oleh Azrai dari lumpur petak bendang dan dilambung tinggi terbang ke angkasa dengan membuktikan menjuarai 3 piala didalam 2 musim berturut-turut....pencapaian sebegini begitu sukar sekali hendak dicapai oleh mana-mana pasukan di dalam negara...
Hikmah yang "mungkin" muncul setelah Azrai tidak dipilih sebagai jurulatih Kebangsaan berkemungkinan disebabkan ketidaktentuan skuad Kedah yang kini menghuni tangga ke5 Liga Super dan juga dengan tersingkirnya dari mempertahankan Piala FA...jika ketiadaan Azrai memungkinkan skuad Kedah semakin sukar utk mempertahankan Juara Liga Super dan Piala Malaysia..
Saya percaya Azrai mempunyai strategi yang tersendiri bagi mengelakan rekod yang dimiliki skuad Kedah tidak tercalar lagi....
Kepada Azrai Khor Abdullah...kami peminat setia HijauKuning sentiasa dibelakang anda!!!!!!

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009