Friday, April 10, 2009

Muslim Rohingya

Amat sedih sekali membaca temubual wartawan Sisah bersama Abdul Ghani Abdul Rahman Timbalan Presiden Pusat Penerangan Rohingya(PPR).


Beliau menyatakan bahawa nasib umat Islam di Rohingya tidak ubah sekali seperti yang dialami oleh umat Islam di Bosnia pada 1993 lalu dimana mereka dinafikan hak untuk melawat sanak saudara dikampung lain,masjid diruntuhkan,anak-anak tidak dibenarkan bersekolah,disyaratkan mendapat kebenaran sebelum bernikah,dihalang dari menjadi guru,perawat dan berkhidmat pada masyarakat.Sementara itu pelarian Rohingya disempadan China,wanita-wanita Rohingya dijual untuk dijadikan pelacur.Manakala kem pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh tiada bekalan air bersih..yang ada hanyalah air laut yang masin.


Apa yang lebih menyedihkan apabila ditanya tentang harapan masyarakat Islam Rohinya Abdul Ghani berkata "Tiada apa-apa harapan,hanya menunggu ALLAH menjadikan dunia Kiamat sahaja"


Bayangkanlah umat Islam Rohingya telah ditindas semenjak awal 1990-an apabila regim negara Burma diketuai oleh JENERAL THAN SHWEDAN mereka tidak diiktiraf sebaga warganegara Burma .Jika mereka ini melawan Junta Tentera Burma pernah ada yang dipotong lidah dengan gunting.Tanah-tanah orang Rohingya dirampas dan sekarang diberikan kepada orang Burma yang beragama Buddha seumpama apa yang berlaku di Palestin.Satu kenyataan yang perlu diambil perhatian dengan serius iaitu mengapa umat Islam Rohingya diperlakukan dengan sedemikian rupa adalah di sebabkan Junta Tentera Burma sememangnya "benci dengan org Rohingya atas sebab mereka ini adalah MUSLIM.Mereka mahu menghapuskan org Rohingya secara teratur atau lebih senang dipanggil "etnic cleansing".


Baru-baru ini ada berita yang melaporkan pelarian Rohingya yang mendarat di Thailand dilepaskan kembali ke laut tanpa makanan dan dibiar hanyut sehinggalah mereka ini diselamatkan oleh kerajaan Indonesia di perairan Aceh..


Mengikut laporan,di Malaysia jumlah pelarian Rohingya adalah sebanyak 18,000 orang.Di Pulau Pinang 3000,Perlis 2000,Johor 600,Melaka 300,Negeri Sembilan 350,Pahang 1100 dan Kelantan 200 selebihnya tinggal di Lembah Kelang..


Apakat sumbangan dan perhatian yang diberikan oleh umat Islam di Malaysia setakat ini kepada saudara seIslam Rohingya?Mengikut laporan ada sekolah untuk anak pelarian turut menerima bantuan daripada Persatuan Buddha!!!...dimana Baitumal dalam usaha membantu saudara seIslam Rohingya..?


Diharap Kerajaan Malaysia umumnya dan Kerajaan Kedah yang diterajui oleh PAS kini dapat melakukan sesuatu utk umat Islam Rohingya yang semakin hari semakin dilupakan masyarakat dunia,terutana sekali masyarakat dunia islam..peruntukanlah sedikit wang zakat dan sedekah utk mereka ini...

Dan pada hari ini berita dari Bernama;-

Hati-Hati Kendali Isu Rohingya, Rayu Kumpulan Rohingya
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Sekumpulan masyarakat Rohingya di sini merayu kerajaan Malaysia supaya tidak menghantar pulang rakan mereka yang hidup dalam buangan, kerana khuatir dianiayai dan didakwa.Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (MERHROM) telah menggesa Malaysia dan pemimpin negara Asean yang lain supaya berhati-hati menangani isu Rohingya.Dalam satu kenyataan di sini Jumaat, Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Asean yang lain supaya mengiktiraf Rohingya sebagai pelarian kerana mereka memerlukan perlindungan antarabangsa."MERHROM amat bimbang berhubung cara negara-negara Asean mengendalikan isu Rohingya."Ada cadangan dari sesetengah negara Asean termasuk Malaysia dan Thailand, untuk menghantar balik etnik Rohingya ke Burma (Myanmar)."Ini akan hanya memeburukkan lagi keadaan kerana seperti yang kami tahu sebenarnya bagaimana kami akan dilayan oleh rejim tentera, sebaik kami dihantar pulang," katanya sambil meminta pemimpin dunia dan Asean supaya campur tangan secara komprehensif dan berkesan di Myanmar.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009