Tengahari tadi aku masih lagi berkesempatan menunaikan solat jumaat di Masjid di kawasan Kilang Lama Kulim Kedah...nama masjid tue lupa pula aku..tapi masjid tersebut bersebelahan dengan jalan utama...
Apa yang menariknya...khutbah jumaat yg disampaikan oleh tuan khatib..berkisar tentang "bagaimana hendak menghadapi keadaan apabila sesorang yg sedang nazak(hampir pasti mati)..."
Pesan tuan khatib kepada para jemaah..."apabila seseorang sedang nazak..hendaklah kita membacakan surah yassin dengan penuh tajwid dan sempurna bacaanya...tetapi hendaklah berada jauh dari org yg sedang nazak itu..amat baik jika bacaan itu tidak didengari oleh org tersebut.."
Ini kerana..semasa seseorang berada didalam keaadan nazak.ia didatangi oleh Malaikat Maut dan juga Iblis..ketika itu sedang berlakunya satu dialog diantara mereka....oleh itu pesan tuan khatib janganlah kita mengganggu dengan bacaan yassin yang kuat dan tidak sempurna ketika itu..kita sudah maklum bahawa ketika saat-saat akhir itulah juga Iblis sedang menghasut agar org yg sedang nazak itu menyembah beliau(Iblis).Iblis ini tetap berusaha menyesatkan anak cucu cicit Nabi Adam ini walaupun disaat-saat akhir sisa kehidupanya iaitu mati.
Dengan baacan yassin yang kuat atau tidak sempurna sememangnya mengganggu kerana ketika itu interaksi malaikat maut,iblis dan org yg sedang nazak itu sedang berlangsung dlm bahasa akhirat iaitu bahasa Arab...janganlah kita memberi tekanan kepada org yg sedang nazak itu dgn bacaan kita.Dibimbangi dengan adanya gangguan dari kita akan menyebabkan org yg sedang nazak itu mengikuti apa yg dihasut oleh Iblis..
Dan tugas utama kita yg melihat seseorang menghadapi keadaan nazak ialah dengan mengajar beliau dengan kalimah syahadah berulang kali..namun begitu cukuplah dengan syahadah "Lailahaillallah.."jangan ditambah dengan "Muhammadurasullallah.."ini kerana dikhuatiri memberi tekanan kepada org yg sedang nazak itu...
Semoga dengan kalimah syahadah yg kita ajarkan berulang kali..maka akan turun hidayah ALLAH kepadanya disaat-saat akhir dan memberi harapan kepada beliau melafazkan kalimah syahadah jika bukan terlafaz dari lidah cukuplah dengan lafaz didalam hatinya..ALLAH JUA YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI
usin kata; sampaikanlah kepada kawan2 tentang pesanan tuan khatib ini..
No comments:
Post a Comment