Monday, April 27, 2009

Topeng Bedah


Pegawai-pegawai kesihatan di Asia berada dalam keadaan berjaga-jaga semalam ketika penyakit selesema babi yang membunuh puluhan orang di Mexico kini menular ke New Zealand sekali gus meningkatkan risiko berlakunya wabak global.
Kerajaan rantau Asia yang pernah bergelut dengan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung, meningkatkan pengawasan di lapangan-lapangan terbang dan menggesa orang ramai supaya berwaspada.
Penghidap penyakit yang dipercayai berpunca daripada jenis terbaru virus H1N1(virus babi) itu akan mengalami demam, sakit tekak, batuk, sakit sendi yang diikuti dengan jangkitan paru-paru.
Setakat ini ubat untuk selesema burung Tamiflu dikatakan berkesan merawat penyakit maut itu.
Oleh itu diharap org ramai di Malaysia umumnya bersiap sedia dengan kemungkinan menularnya wabak tersebut di sini..pastikan dirumah anda dan ditempat kerja anda ada tersimpan topeng bedah(seperti didalam gambar)..dan apabila keluar dari rumah sila pakai topeng bedah...jangan apabila sudah menular virus babi ini..baru cepat-cepat kita membelinya..kemungkinan harga topeng bedah akan meningkat sehari dua lagi...

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009