Wanita Thai disyaki hidap selesema babi
BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengeluarkan amaran perjalanan ke Mexico dan Amerika Syarikat berikutan seorang wanita tempatan disyaki menghidap penyakit selesema babi. Hospital Chulalongkorn di sini mengesahkan seorang kakitangan wanitanya yang berusia 42 tahun dirawat kerana demam selesema selepas kembali dari menghadiri seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April lalu. Kementerian itu menasihatkan rakyat Thailand mengelak daripada melawat negara berkenaan untuk sementara selepas wabak itu mengorbankan lebih 150 orang di Mexico.
Pihak berkuasa Thailand telah memasang alat pengimbas bagi melakukan saringan ke atas penumpang di tiga lapangan terbang utama, iaitu Suvarnabhumi di Bangkok, Phuket dan Chiang Mai. Kira-kira 2,000 hingga 3,000 penumpang tiba setiap hari ke negara itu dari Los Angeles, Paris, Tokyo, Frankfurt, London, Chicago dan Texas. - Bernama

No comments:
Post a Comment