Monday, April 27, 2009

Ini bukan "kedai runcit"...

usin kata;Dari pemikiran cetek saya..sesungguhnya DSAI amat-amat menyedari kelemahan-kelemahan yang terserlah didalam PKR yg diterajui DSWA sebagai Presiden dan beliau sendiri sebagai Penasihat(de fecto)..berilah peluang kepada beliau utk membuktikan beliau sememangnya membawa "Harapan Baru Untuk Malaysia"...marilah sama-sama kita melihat agenda terbaru PKR...

artikel dibawah diambil dari http://anwaribrahimblog.com/

Memperkasa Parti & Organisasi

Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.
Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.
Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.
Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.
Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustafa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraidah Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.
Lain-lain perubahan adalah:
Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh
Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul
Pengarah Strategik - YB Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil AyobTimbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong
Ketua Penerangan: Latheefa KoyaKetua Komunikasi : Johnson ChongPengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose
Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah
Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.
Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.
ANWAR IBRAHIM

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009