Thursday, April 30, 2009

Balak ratusan tahun jadi kanopi..?



KEDAH terkenal dengan keindahan Pulau Langkawi. Namun, ramai yang tidak mengetahui, ia memiliki lebih banyak tarikan semula jadi selain pulau peranginan itu.Hutan Lipur Puncak Janing di Bukit Perangin dekat Kuala Nerang umpamanya boleh menjadi pilihan percutian jika anda mahukan suasana damai dan jauh dari kesibukan kota.
Tidak seperti destinasi percutian lain, air terjunnya tidak terlalu tinggi, tetapi dikelilingi kehijauan alam semula jadi yang masih terpelihara.Keindahannya terletak pada air terjun empat tingkat yang mengalir di celah bongkah batu memberikan pemandangan menarik kepada sesiapa saja yang mengunjunginya.Justeru, tidak hairanlah ramai yang berkunjung ke sini untuk merehatkan fikiran sambil beriadah bersama ahli keluarga. Pengunjung tidak perlu risau kerana aliran sungainya perlahan dan paras air yang cetek memudahkan anak kecil mandi manda.Selain menikmati air sungai yang mengalir terus dari banjaran pergunungan, pengunjung juga dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan yang dikomersialkan sebagai produk kesihatan. Tidak perlu pergi jauh, kawasan sekitar tempat perkelahan ini juga sesuai untuk mereka yang mahu melihat pokok hutan sebesar sepemeluk orang dewasa. Ada yang mengatakan, terdapat pokok di situ berusia ratusan tahun antaranya kasai, tulang daing, meranti tembaga, cengal, keruing, palma dan rotan.Pokok balak ini secara tidak langsung menjadi kanopi semula jadi di kawasan tebing memudahkan pengunjung bersantai dalam suasana redup.Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti merentas hutan, Jabatan Perhutanan turut membina denai tiga kilometer (km) menghubungkan kawasan rekreasi ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.Latar semula jadi hutan rekreasi ini juga menjadi faktor ia dipilih sebagai lokasi penganjuran aktiviti sukan lasak antarabangsa termasuk Rainforest Challenge (RFC), beberapa tahun lalu.Peminat motosikal lasak juga boleh meneroka keindahan hutan ini menerusi litar lumba yang disediakan...sumber www.hmetro.com.my

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009