Wednesday, April 15, 2009

"Rayuan Terakhir Yang Meloyakan.."


*artikel ini tepilih utk disiarkan di detikdaily & utaraonline pada Rabu 15/04/09


Terbaca juga aku hari akhbar Utusan Meloya yang sentiasa ada di reading area tempat kerja aku...


Dari jauh sudah kelihatan tajuk utama akhbar tersebut dan ianya membuatkan aku tersenyum-senyum seorang diri..dalam fikiran aku bila masa pula Utusan Melayu nie bertukar menjadi komik cerita lawak...Melayu mana yang masih tidur..melayu UMNO mungkin laa... apalah rasionalnya memaparkan tajuk "BANGKITLAH MELAYU"...apakah tak cukup lagi dengan "MELAYU MUDAH LUPA"...alahai terasa hinanya aku apabila memegang akhbar tersebut ketika aku dikelilingi pemuda cina dan india yang turut sama berada di reading area itu..


Punca aku tersenyum-senyum seorang diri adalah disebabkan aku sudah dapat ramal apa yang akan tertulis dibawah tajuk utama itu namun sedikit hampa laporan penuh berada dimuka kedua.."kenapa ualasan penuh dimuka kedua..bukankah ianya tajuk utama..?...dah berbogel satu negara lepas tue cuba tutup anu dengan daun kari...


Sah memang tepat ramalan aku setelah selesai membaca semua laporan berita tersebut serta komen-komen "orang" yang memberi komen...lantas aku terbayang sejenak pertemuan dengan 2 orang melayu baru-baru ini selepas pilihanraya kecil yg berlangsunf di 2 bukit 1 batang....


Melayu 1- menceritakan bahawa sekarang penentu keputusan pilihanraya terletak di tangan kaum bukan melayu.."bahaya oooo.."katanya."Cuba tengok sekarang kaum bukan melayu dah cuba-cuba minta jawatan TPM..dulu tak ada pon..dah la ekonomi pon dah depa pegang..kuasa politik pun cuba nak control..alamat lepas nie kita jadi macam singapura la.."sambungnya lagi...


"Itula pasal..dulu masa pilihanraya 1999 undi popular org melayu berpihak kepada PAS..UMNO/BN diselamatkan oleh kaum bukan melayu..kemudian dibuat pula persempadanan semula kawasan pilihanraya dan menyaksikan pertambahan undi kaum bukan melayu di semua kawasan DUN dan Parlimen..so la nie terpaksa la terima..bukan sahaja melayu bahkan bukan melayu pun dah sokong pembangkang..nasib la.." balas aku..


"Memang pun.." dia mengiyakan apa yang aku kata.."aku ingat lepas nie nk join pembangkang..aku dulu penah sain borang UMNO.."sambungnya lagi...dalam hati aku berkata rupa-rupanya dia nie ahli UMNO...


"Tapi jangan risau pasal nasib melayu.PAS ada..dia akan bela tak kira melayu ka bukan melayu ka.."aku menambah lagi...


"Ala..PAS pon sama ja dengan UMNO..cuba tengok kat kedah nie...banyak projek bukan dapat pon kat org PAS(melayu)..dapat kat geng-geng tu jugak(bukan melayu).."dakwanya lagi...


Begitulah ceritanya serba sikit yang amat risaukan melayu apabila UMNO kehilangan banyak sokongan org melayu sendiri...dalam hatinya dapat aku merumuskan begini; dia masih tebal dengan pendirian bahawa hanya UMNO sahaja yang dapat membela melayu..padahal dah 50 tahun lebih apa yang melayu dapat..sedangkan PAS yang cuba membela nasib tak kira melayu atau bukan melayu didalam masa xsampai pun 5 tahun sudah dinilai sebagai gagal...


Melayu 2-menceritakan kebimbangan yang sama dengan melayu 1 tadi..namun agak berlainan melayu 2 ini...dia bukanlah UMNO sejati tetapi Ultramelayu( 3 Line) sejati.."Semua org berkata bukan melayu akan minta jawatan TPM,tengoklah dalam kabinet baru ada pertambahan utk bukan melayu.Ini semua sebab nk minta bukan melayu akan kembali menyokong BN atas alasan banyak jawatan utk bukan melayu dalam kabinet.."katanya padaku dengan panjang lebar.."Depa nie semakin melampau" sambungnya lagi dlm nada keras..


"Jangan risau..kita ada Perlembagaan dan Undang-undang..dah termaktub bahawa "Hak Keistimewaan Melayu,Raja-Raja Melayu dan juga Kontark Sosial tidak boleh dipinda sesuka hati..hak-hak ini adalah benteng terakhir bangsa melayu.."aku cuba menyabarkanya..


"Perlembagaan pon ikut acuan British..bahaya juga..nanti puak-puak nie akan mengadap Ratu dan suruh pindaa Perlembagaan..depa bole buat suma tue.."sambungnya lagi dengan nada tidak berpuas hati dengan kenyataan aku..


"Sabar..kita masih ada lagi Pakatan rakyat..berilah peluang untuk mereka buktikan..PAS adalah penentu dan bukanya DAP atau PKR....PKR akan menjadi jambatan utk PAS dan DAP...DAP akan menjadi sokongan kepada PAS dan PKR..masing2 ada peranan utk membawa "Harapan Baru Malaysia"..membela setiap kaum tidak mengira bangsa dan agama...(terbukti di Kelantan).


Mengikut dari apa yang berlaku pada dua pertemuan tersebut dan berita Utusan Meloya maka dapat disini saya huraikan bahawa UMNO akan terus menerus memainkan isu "Bangkitlah Melayu" apabila kehilangan sokongan melayu kepadanya...mereka lupa merekalah yang menjadi puncanya ...MELAYU UMNO MEMANG MUDAH LUPA...


Hati-hatilah jika berdepan dengan orang sebegini..jangan memarahi atau memulaukan mereka..salurkan info yang tepat dan berfakta..mereka ini setiap hari didedahkan dengan informasi berunsur provokasi agar membenci bukan melayu..apabila melayu terus membenci bukan melayu dan bukan melayu membenci melayu..UMNO lah akan bangun kononya Pendekar Melayu dan parti-parti komponennya akan bangun kononya Pelindung Bukan Melayu..sejarah telah membuktikan siapa UMNO/BN sebelum ini?..janganlah kita mudah terperdaya dakyah lapuk dan hapak seperti ini lagi...


UMNO/BN dahulu ada dua ranting tempat mereka bergantung hidup...kini kedua-dua ranting telah hilang..kini UMNO/BN tergapai-gapai dengan suara "Satu Malaysia" yang berkumandang diseluruh negara...namun amat malang sekali suara itu ibarat katak khatulistiwa memanggil salji....anjing menyalak everest...confirm salji xturun..Everest xruntuh selagi xkiamat..hanya kiamatnya UMNO/BN menanti detik dan waktu menjelang 2011...



No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009