Thursday, April 30, 2009

Alahai......PRM (Parti Rakyat Malaysia)...


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily & utaraonline pada Khamis 30/04/09
PRM ( Parti Rakyat Malaysia) memutuskan utk meletak calon untuk bertanding pada PRK Penanti yang dijadualkan berlangsung pada 31Mei ini..laporan ini dipetik dari website pro BN/UMNO yg tak perlu saya promosikan disini..

PRM memberi alasan bahawa...penyertaan PRM di Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955.

Dari pemikiran "cetek" saya fokus dan agenda utama PRM utk bertanding pada PRK Penanti hanyalah utk "terus mempromosikan" parti tersebut suapay tidak dilupai ole rakyat..umum telah tahu bahawa hampir kesemua pemimpin PRM bersepakat utk membubarkan PRM dan membentuk PKR..oleh itu hanya segelintir ahli-ahli asal PRM yg masih mahukan PRM wujud sebagai salah satu parti politik pembangkang..

Dari pemikiran "nakal" saya...tujuan PRM ini saling tak tumpah seperti mana 13 calon bebas yang bertanding pada PRK Bukit Selambau dahulu dimana sengaja memecahkan undi sahaja walaupun sudah mengetahui akan kehilangan deposit..

Kenapa semasa PRK Bukit Selambau dahulu PRM tidak meletak calonya utk bertanding?....adakah kerana PRK Penanti ini lebih popular kerana terletak didalam kubu kuat DSAI/PKR..dan sudah tentunya akan mendapat liputan meluas media-media utama/alternatif..

Dari pemikiran "jahat" saya pula adakah ini salah satu agenda BN/UMNO yg secara senyap-senyap membuat satu "pakatan" rahsia bersama PRM..sama-sama kita nantikan siapakah calon PRM di Penanti nanti....

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009