Tuesday, April 28, 2009

"Umno Kedah..dulu,kini dan selamanya.."


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily & utaraonline pada Selasa 28/04/09
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Mohd Apdal diangkat menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru...Umum telah mengetahui dari komen beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yg mengatakan UMNO Kedah sudah ketandusan pemimpin yg dapat mengembalikan kegemilangan UMNO seperti suatu ketika dulu....


DULU
Mengikut dari pemikiran "kerdil" saya ini..sememangnya di Kedah sudah tiada pemimpin UMNO yg menjadi icon kepada anak muda/belia/remaja sejak dahulu lagi...lihat sajalah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yg masih ada sekarang ini..hampir kesemuanya mempunyai "pangkat".."mewah"..ada bisnes sendiri...dan macam-macam lagi yg melabelkan mereka ini golongan "elit"...

Golongan elit ini mana mahu bersama-sama anak muda di bendang-bendang..di kilang-kilang .. ..dipasar-pasar malam..serta lokasi-lokasi tumpuan anak muda sekarang ini..oleh itu siapa yg ingin mendengar keluhan mereka..apatahlagi jika dilihat kepada anak-anak muda di pusat pengajian tinggi hampir 100% menolak UMNO sebagai satu organisasi mesra pelajar....

Umno hanya akan mendekati anak-anak muda ini menjelang Pilihanraya Umum/Kecil sahaja....Golongan elit ini hanya mendekati pihak-pihak yg dapat memberikan bisnes-bisnes...kontrak-kontrak kecil/besar..syer-syer...serta "duit-duit kopi"..


KINI
Dari pemikiran "cetek" saya keputusan najib adalah satu keputusan "kurang bijak"...ini kerana tindakan sedemikian bukanlah akan membawa satu perubahan yg baik tetapi "meruntuhkan" UMNO negeri secara drastik....lihat sahaja laporan Malaysiakini pada hari ini yg melaporkan ketidakhadiran semua Ketua Bahagian UMNO Langkawi didalam jamuan makan malam bersama Pengerusi Badan perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru..adakah ini satu "signal" yg membenarkan pendapat saya keputusan Najib "kurang bijak"..?


SELAMANYA
Dari pemikiran "cetek" saya yang kedua..keputusan Najib ini juga "amat bertepatan" dengan situasi terkini yg melanda Umno Kedah..ini kerana umum telah tahu gerak kerja Umno semestinya menggunakan "wang..duit.."..tanpa "dadah" ini ..segala pergerakan dan perancangan akan terbantut dan "mati" serta merta..itu masalah UMNO Kedah sekarang ini apatahlagi dengan UMNO Kedah kini menjadi pembangkang..sudah tentu sumber dan bekalan "dadah" sudah kehabisan dan disekat....Dengan itu wajar sekali Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah mesti diketuai oleh "somebody" yg dpt menjana "dadah" utk Umno Kedah..lihat sahaja jawatan Shafie Apdal didalam Kabinet One Malaysia.."Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah..so..lu pikirla sendiri...

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009