Friday, April 10, 2009

Oh.. Ibrahim Ali..





Hari ini ahli parlimen bebas ini telah mengeluarkan kenyataan yang semestinya "membakar"hati dan perasaan ramai ahli-ahli PAS,terutamanya ahli-ahli PAS Parlimen Pasir Mas yang mengundi beliau pada PRU yg lalu..




Kenyataan beliau merujuk upacara peminangan dari AMNO kepada beliau yang difikirnya akan berlaku dalam masa terdekat ini..




Umum telah mengetahui siapa sebenarnya Ibrahim Ali ini..namun dengan kepandaian dan kelicikan beliau dalam politik cukup mengujakan kerana dapat menarik perhatian ribuan ahli PAS serta TGNA sendiri..




Dalam fikiran saya..DSAI memang sudah awal-awal lagi tidak bersetuju dengan permintaan Ibrahim Ali untuk memakai "Bulan Purnama" serta mengharap PAS memberi laluan kepadanya untuk berhadapan calon UBN pada PRU yang lalu..namun begitu apabila TGNA sendiri bersetuju dan merestui apa yg diminta oleh Ibrahim Ali maka DSAI mengalah...




Kenapa DSAI tidak bersetuju dari awal lagi?..Ini kerana Ibrahim Ali inilah yang begitu lantang dan menjadi pengampu terhebat kepada Mahathir semasa penyingkiran dan tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI pasa 1998 lagi...sehingga kini apabila Ibrahim Ali mendapat sinar dari keikhlasan PAS dan ahli-ahlinya utk membawanya kembali ke dalam Parlimen,Ibrahim Ali bagaikan kacang lupakan kulit...saya percaya semua ahli-ahli PAS yang mengundi beliau berharap akan berlaku Tranformasi kepada Ibrahim Ali setelah mengumumkan keluar dari AMNO.




Namun semua ahli-ahli PAS ditikam dari depan bukan dari belakang..kritikan-kritikan Ibrahim Ali kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat begitu mengguris perasaan..dan hari ini Ibrahim Ali sekali lagi mengguris perasaan dan ditambah dengan tusukan-tusukan ke segenap jantung ahli-ahli Pas khususnya serta Pakatan Rakyat umumnya dengan menunggu peminangan oleh AMNO.




Rupa-rupanya begitu taat setianya dia kepada Mahathir...dan lakonan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas amat menakjubkan sekali...kita semua(Pakatan rakyat) digorengnya sampai hanggit..




Pesanan buat Pakatan Rakyat dan ahli-ahli Pas khususnya...bersabarlah dan tabahkan hati dengan apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali yang tak mengenang budi...ada hikmah disebalik apa yang berlaku..




Apa yang pasti..PRU yang akan datang kuburkan politiking beliau selama-lamanya...usah dibiar pisang berbuah kembali..

Berita dr http://www.bernama.com.my;-KOTA BAHARU, 10 April (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009