Saturday, April 18, 2009

JURULATIH "EMAS"..........


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh kedahlanie.blogspot pada Sabtu 18/04/05

Sebagai peminat bola sepak Kedah ingin saya suarakan pandangan mengenai kedudukan Jurulatih "Terhebat" kita... Azrai Khor Abdullah samada terus memimpin skuad Kedah atau skuad Kebangsaan Malaysia..

Keputusan utk membenarkan Azrai ke kem skuad Kebangsaan amatlah dialu-alukan.Kepakaran taktikal dan juga keberanian yang dimiliki oleh Azrai semasa membentuk skuad muda kedah yg cemerlang wajar sekali diterjemahkan di dalam skuad Kebangsaan pula.Aura yang dimiliki oleh beliau sememangnya amat diperlukan utk menaikan kembali kecemerlangan skuad Kebangsaan yg semakin hari dilihat semakin malap seumpama "hidup segan mati tak mahu"..

Skuad Kebangsaan Malaysia pernah memenangi pingat emas di kejohanan Sukan SEA semasa dibawah Pengurus Pasukan Dato' Ahmad Basri yang juga anak jati Kedah.Oleh itu sentuhan 'magik' Azrai mungkin menjadi jika faktor ini diambil kira iaitu "X-factor" yg dilahirkan oleh Kedah.

Utk pasukan negeri Kedah..pemergian Azrai menerajui skuad Kebangsaan mestilah dilihat dari sudut positif.Kedah masih lagi mempunyai beberapa "X-factor" dalam pembikinan.Lihat sahaja Penolong Jurulatih Kedah kini iaitu Radhi Mat Din.Setelah beberapa musim bersama-sama Azrai membawa kecemerlangan ke dalam skuad Negeri Kedah sudah semestinya Radhi mempunyai "sentuhan" tersendiri jika diberi peluang menerajui skuad negeri Kedah sebagai Ketua Jurulatih disamping dibantu oleh jurulatih-jurlatih lain seperti Ahmad Sobri dan lain-lain.

Dalam kecemerlangan skuad negeri Kedah semasa dibawah kendalian Ketua Jurulatih Azrai Khor Abdullah telah melahirkan beberapa "star" muda seperti Khairil Muhymen,Badrul Bakhtiar,Fazli Baharom dan kini Faizal Abu Bakar tidak mustahil Kedah akan melahirkan Jurulatih "Emas" pula dimasa akan datang..

Seandainya Azrai gagal dalam misi mengembalikan maruah skuad negara diharap KFA dan skuad negeri Kedah dapat menerimanya kembali dengan lapang dada..kerana umum tahu mesti ada syarat-syarat yg dikenakan oleh FAM utk setiap jurulatih yg melatih skuad negara yang memungkinkan kegagalan Azrai membentuk "Dream Team"nya sendiri..

Utk Azrai Khor Abdullah..kami peminat setia Hijau Kuning sentiasa dibelakang anda.!!!!!

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009