Sunday, April 5, 2009

"Detik Permulaan"










Dalam perjalanan ke Tanjung Dawai aku dh nampak deretan beberapa khemah di seberang jalan..dalam hati balik dr tanjung dawai aku nak singgah sat tgk apa yg menarik kat situ..so bila balik dr tanjung dawai mmg aku singgah dan dapat amik beberapa keping gambar buat kenangan..utk informasi gambar diatas inilah "Penemuan Tergempar Di Lembah Bujang Pada 2009"...inilah detik permulaan terbongkarnya sebuah rahsia sejarah Bangsa Melayu khususnya..sama2 ita nantikan kesudahanya..


Artifak Prasejarah Terbaru Ditemui Di Lembah Bujang
SUNGAI PETANI, 4 Mac (Bernama) -- Sekumpulan arkeologis Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke-3 Masihi hasil projek ekskavasi di Sungai Batu, Semeling, dalam Lembah Bujang, dekat sini.Penemuan itu di dua kawasan berdekatan di ladang kelapa sawit Jalan Lencongan Merbok baru-baru ini membuktikan tamadun dan kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah di Lembah Bujang adalah lebih awal dari jangkaan sebelum ini.Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang mendedahkan hal itu hari ini berkata ia merupakan penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia.Katanya, tarikh itu menggambarkan permulaan (penggunaan) besi dan kegiatan melebur bijih besi secara komersial yang awal di kawasan Lembah Bujang.Ekskavasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang meluluskan geran sebanyak RM2.3 juta, bermula 1 Februari lepas dan disertai 70 orang termasuk penuntut USM."Penemuan ini adalah bukti kukuh tamadun manusia prasejarah bersandarkan pengetahuan asas, perdagangan dan penghasilan bahan industri berskala besar," katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja ke tapak penemuan itu.Projek ekskavasi itu diketuai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin membuahkan hasil apabila menemui artifak berkenaan selepas dua minggu menggali, katanya.Dzulkifli berkata projek ekskavasi itu adalah sebahagian pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang Jabatan Warisan Negara."Penemuan di kawasan Sungai Batu seluas 3 kilometer persegi ini berbeza dengan artifak yang ditemui di tapak lain di Lembah Bujang. Sebelum ini pakar-pakar arkeologi hanya menemui bangunan berciri candi-candi purba"."Penemuan terbaru di tapak Sungai Batu I mengandungi batu-bata dipercayai kediaman atau pejabat dan satu lagi (Sungai Batu II) berfungsi sebagai kilang peleburan besi," katanya.Menurut Dzulkifli, penemuan kedua-dua tapak berkenaan dianggap penting kerana mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar permulaan peradaban Lembah Bujang."Pakar-pakar sebelum ini membuat pelbagai andaian berhubung penemuan candi-candi di sekitar Lembah Bujang. Ada menyatakan ia berusia sekitar tahun ke-5 hingga 8 Masihi tetapi penempatan baru yang ditemui ini dan disifatkan tertua di Asia Tenggara membawa makna lebih besar pada sejarah peradaban negara," tambahnya.Mokhtar berkata sampel arang yang ditemui di tapak pembuatan besi telah dihantar menjalani ujian 'Radiokarbon Dating' di Beta Analytic Inc, Florida, Amerika Syarikat yang mengesahkan ia berusia sekitar abad ke 3 hingga 4 Masihi."Ini bermakna ia merupakan penemuan pertama industri besi dalam tamadun Lembah Bujang yang mempunyai tarikh mutlak dan tidak boleh disangkal," katanya.Menurut Mokhtar kumpulan arkelogis USM menenemui bahan-bahan tinggalan sejarah seperti peralatan memproses besi, relau dan peniup haba di tapak Sungai Batu II manakala batu-bata yang diperbuat dari tanah liat di Sungai Batu I.Beliau menambah, kajian lebih terperinci bagi menentukan kaitan kawasan penempatan dan kilang besi ini dengan kawasan candi lain di Lembah Bujang akan dijalankan.Katanya keseluruhan kawasan Sungai Batu akan diwartakan sebagai Taman Warisan Lembah Bujang oleh Kerajaan Malaysia pada 2010 selepas kajian berakhir pada hujung tahun ini.Kawasan Lembah Bujang merangkumi keluasan kira-kira 300 kilometer persegi bermula dari Gunung Jerai hingga ke Sungai Muda di Seberang Perai.Kapten James Low mengenalpasti kawasan peradaban Lembah Bujang selepas menemui lebih 20 candi di Kampung Bujang pada 1840.Penyelidikan dan ekskavasi mendapati Lembah Bujang merupakan sebuah pelabuhan utama di Asia Tenggara dari kurun ke-5 hingga 13 Masihi.-- BERNAMA

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009