Sunday, April 12, 2009

Erti sebuah tangisan.......


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar lagu-lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh penyanyi Amy Search atau Shuhaimi Abdul Rahman 51, pada satu majlis di sini semalam.
Kata Nik Aziz, beliau tersentuh hati menatap wajah Amy, lebih-lebih lagi banyak penyanyi rock biasa dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan maksiat.
“Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya, saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar,” katanya selepas majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di sini semalam.
Nik Aziz menambah, beliau kagum dan gembira apabila Amy yang memiliki suara yang diminati ramai telah memanfaatkannya ke jalan Allah.
“Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.
Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.
“Sewaktu saya menyanyi, saya perasan Tok Guru memandang saya dengan penuh terharu,” kata Amy yang dihubungi Kosmo! Ahad.
Bagaimanapun, menurut Amy, beliau tidak sedar ketika menyanyikan lagu apakah Nik Aziz menangis.
“Saya menyanyikan empat buah lagu termasuk Mentari Merah Di Ufuk Timur, Isabella dan Saat Ku Idamkan. Jika beliau mampu ‘terasa’ isi lagu rock tersebut, saya begitu berbesar hati,” katanya.


No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009