Friday, April 17, 2009

"Raja Anai-Anai dalam rumah PKR.."


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily & utaraonline pada Jumaat 17/04/09
Adun Penanti akhirnya meletak jawatan sbg ADUN dlm DUN Negeri Pulau Pinang...sememangnya keputusan ini telah dijangka.Namun dengan perletakan jawatan sbg ADUN bukanlah penamat sebuah cerita politik yg sedang bergolak di Pulau Pinang..

Alasan yg dikemukakan oleh bekas Adun Penanti ini cukup membuatkan rakyat berfikir 3 4 kali..betul ke...betoi ka..iye ke...ya ka..tak kan sebab tue kot..?..alasan utk menyambung study ni hanya layak utk kepada pekerja kilang yg ingin melompat ke kilang lain..dlm erti kata dapat kerja lain..tak tau nak bagi alasan apa kalau bos/supervisor tanya "kenapa nak berhenti..?"
Untuk itu amatlah terasa janggalnya bila seorang yg pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri memberi alasan seperti pekerja kilang...

Sesungguhnya jika saya berada ditempat beliau pada ketika ini..saya pon akan memberi alasan yang sama..kerana sudah tentu ingin menjaga nama baik parti dan juga Kerajaan Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat..skrip ini telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin atasan parti PKR...

Adun Penanti ini sememangnya bermasalah sejak beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 lagi..dengan terbinanya blog alahaifairus... teguran dari DSAI...laporan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan "Projek Kuari"..sehinggalah perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1..

Dalam pengetahuan saya sebelum ini terdapat 3 ekor Raja Anai-Anai di dlm PKR... Raja Changkat Jering, Raja Behrang dan Raja Bukit Selambau.Namun begitu Raja Changkat Jering dan Behrang ini telah "dibela" dan "terbela" oleh UMNO/BN sebelum meruntuhkan PKR Perak..namun begitu mereka berjaya jua meruntuhkan rumah Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak atas arahan/desakan UMNO/BN.Agak bernasib baik rumah PKR Perak dapat dibaiki dengan bantuan PAS dan DAP ketika berlangsungnya PRK Parlimen Bukit Gantang yg dapat kembali dipertahankan oleh PAS..

Manakala Raja Bukit Selambau diturunkan takhtanya.Setelah Raja itu menyerah kalah atas tekanan dan ancaman yg dipamerkan oleh pihak gerila pembangkang di Negeri Kedah.Sehingga kini urusan baik pulih rumah PKR Kedah sedang berjalan dengan pembersihan Raja Kecil Anai-Anai yg wujud ketika PRK Bukit Selambau baru-baru ini.

Ketika ini juga telah muncul seekor lagi Raja Anai-Anai di dlm rumah PKR dan kali ini di Penanti.Gerakan Raja Anai-Anai ini dapat dihidu awal oleh PKR Pulau Pinang.Sebelum dia berjaya meruntuhkan rumah PKR Pulau Pinang...Raja Anai-Anai Penanti ini diturunkan takhtanya secara terhormat..

Persoalanya kini adakah dengan "diturunkan takhta" Raja Anai-Anai Penanti ini dapat membaiki kembali rumah PKR yang terjejas...?Apatah lagi kali ini dengan penurunan takhta Raja Anai-Anai Penanti di Parlimen ibukota PKR iaitu Permatang Pauh serta alasan yang dikira alasan pekerja kilang..?

Semestinya pemimpin atasan PKR dapat menjelaskan kepada pengundi di DUN Penanti khasnya serta seluruh negara umumnya alasan penurunan takhta Adun Penanti...ceritakan yg sebenar dan jujur...janganlah digunakan alasan pekerja kilang...Kami tahu dari mana datangnya Raja Anai-Anai ini dan mengapa ia wujud..

Wujudnya Raja Anai-Anai ini membuktikan bahawa PKR masih belum lagi bebas dr belenggu BN/UMNO..umum telah tahu PKR adalah serpihan dari BN.Disebabkan itu masih lagi terdapat saki baki BN/UMNO yg wujud dalam diri PKR...Golongan ini sudah diperlihatkan lagi matlamat mereka di dalam PKR...nama-nama seperti Ezam,Roslan Kasim,Kalai dan beberapa nama lagi sudah tentu inginkan kuasa dan jawatan utk mengumpul harta serta menjaga tali perut mereka ..

Amat tidak adil hendak disalahkan pemimpin atasan PKR 100% atas kewujudan Raja Anai-Anai ini...kerana pembersihan dari sifat-sifat UMNO/BN akan memakan masa yg panjang dan penelitian yang jitu serta risikan yang tepat...lihatlah barisan pemimpin atasan PKR yg dianggotai oleh Tian Chua,Globalkrishnan dan beberapa nama lagi yg suatu ketika dulu menjadi belasahan FRU dan Polis..mereka ini bukanlah dari "perut" BN/UMNO...mereka inilah akan melenyapkan sama sekali kemunculan Raja Anai-Anai yg ingin meruntuhkan PKR.

Bagi PRK DUN Penanti ini..sudah semestinya menimbulkan rasa gerun yang tidak terhingga dari peringkat bawahan hinggalah ke pemimpin atasan UMNO/BN...kerana diatas kertas sudah menunjukan bahawa "kekalahan" pasti didakapi oleh mereka...

Isu paling besar yang akan dimainkan oleh UMNO/BN sudah tentu kegagalan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Bekas Adun Penanti....timbul kembali Saifool Buasir dengan isu punggungnya...dan juga Panglima Ezam Kotak Enam Jahanam..dengan isu kotak atau cerita-cerita lama/lapuk/hapak...cari isu lain la ok..baru seronok sikit nak berkempen....










No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009