Thursday, April 16, 2009

Malaysiaku..............



M'sia Pangkalan Baik Untuk Pimpin Dunia Dalam Kewangan Islam


KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Malaysia mempunyai asas yang baik untuk memimpin dunia dalam menyepadukan sistem kewangan Islam berikutan kemudahan lengkap institusi kewangan Islamnya, kata Prof. Mervyn K. Lewis dari University of South Australia.Profesor dalam perbankan dan kewangan sekolah perdagangan universiti itu, berkata Malaysia mempunyai infrastruktur kewangan yang baik dan barisan lengkap institusi berasaskan kewangan Islam seperti bank, takaful, dana pelaburan dan sukuk.Lewis bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum mengenai , "Perspektif Ekonomi Islam mengenai Krisis Kewangan Global," anjuran oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), di sini Khamis.Turut hadir ialah pengerusi SC Datuk Seri Zarinah Anwar.Lewis ialah cendekiawan pelawat pertama dalam perjanjian kerjasama kewangan Islam SC-Universiti Malaya (UM) yang dimeterai tahun lepas. Usaha sama itu bertujuan membawa masuk cendekiawan penting untuk berkhidmat dengan UM.Cendekiawan pelawat akan menyampaikan siri ceramah, membantu penyelidikan akademik serta memberi perundingan dalam tesis oleh pelajar pasca siswazah.Lewis juga berkata selain kemudahan institusi kewangan yang serba lengkap, Malaysia juga mempunyai sistem kawal selia yang baik dengan Bank Negara Malaysia dan SC mempunyai pengetahuan luas dalam kewangan Islam serta memantau perkembangannya."Faktor menarik untuk Malaysia ialah negara itu sudahpun mempunyai bank asing yang beroperasi di sini selain menarik kewangan Islam, katanya.Menurut Lewis, Malaysia ialah pasaran individu terbesar untuk dana pelaburan dari segi terbitan, dan menambah negara sudah membangunkan kehadiran kewangan Islam yang sangat kukuh."Ia mempuyai gandingan baik untuk menjadi pusat utama kewangan Islam. Orang bercakap mengenai dua hab kewangan Islam - di Timur Tengah dan Asia Tenggara dengan Malaysia tidak ragu-ragu lagi merupakan peserta utama," katanya.Lewis berkata jika prinsip Islam diikuti, dunia tidak akan menghadapi krisis subprima dan keruntuhan kredit."Namun, (kewangan Islam) tidak dapat menarik kita keluar daripada sistem sekarang kerana ia sudah memerangkap kita. Malah jika semua pihak menukar kepada kewangan Islam sekarang, tidak ada yang boleh dilakukan terhadap krisis semasa," katanya.Mengenai keadaan terburuk ekonomi global yang belum reda, Lewis berkata Malaysa dijangka menyaksikan pinjaman sukar tahun ini kerana impak dagangan susulan permintaan yang merosot.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009