Tuesday, May 5, 2009

Sejarah sedang ditulis....

Pakatan; Zambry dan 6 Exco tidak layak hadiri Sidang DUN Perak
IPOH: Pakatan Rakyat Perak masih berpendirian bahawa Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam exco yang lain tidak berhak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Khamis ini.Datuk Ngeh Koo Ham, Exco Kanan semasa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan Penyelaras Pasukan Peguam-Peguam Pakatan Rakyat berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu tidak membenarkan Zambry dan enam exconya memasuki Dewan Undangan Negeri, Khamis ini."Banyak kekeliruan telah timbul akibat daripada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu sama ada Zambry dan 6 ADUN yang lain berhak untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini," katanya.Katanya, pada 18 Februari lalu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri telah membuat keputusan untuk menggantung Zambry daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 18 bulan dan Zainol Fadzi Paharuddin (ADUN Sungai Manik), Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong), Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat), Saarani Mohamad (ADUN Rungkup), Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang) digantung daripada hadir sidang Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan.Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tersebut telah diterima dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 3 Mac.Tambah beliau, pihak Zambry dan enam ADUN tersebut telah memohon kepada mahkamah untuk satu pengisytiharan berkenaan dengan penggantungan mereka daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri.Mereka telah mengambil tindakan mahkamah tersebut terhadap Speaker dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul dan kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan.Bagaimanapun pada 2 April lalu mereka telah memohon menarik balik tindakan mahkamah tersebut terhadap Dewan Undangan Negeri dan tindakan terhadap Dewan Undangan Negeri telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut.Pada 16 April lalu Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua daripada 10 perintah yang dipohon oleh mereka dan sekarang sudah timbul persoalan sama ada Zambry dan enam ADUN yang tersebut di atas boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.Oleh yang demikian, katanya, keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuat kuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut."Sebenarnya kes tersebut tidak harus dibawa terhadap Speaker DUN kerana perlindungan yang diberikan kepada Speaker DUN di bawah Seksyen 3 Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959. Tambahan pula, keputusan Mahkamah Persekutuan merupakan satu pengisytiharan sahaja dan bukannya satu certiorari atau mandamus, katanya lagi.
Pelantikan Zambry MB Perak tidak ikut perlembagaan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan."Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan."Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;
* Tidak ada pembubaran DUN;
* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;
* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar.
Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak."Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab."Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya."Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu."Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.
Pelucutan jawatan Nizar akibat hilang kepercayaan, hujah - Peguam Negara
KUALA LUMPUR:, 5 Mei (Bernama) Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar kerana pelucutan jawatannya dibuat secara sah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa Tuanku Sultan telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang dengan teliti fakta dan perkembangan sebelum mengisytiharkan pada 5 Februari lepas bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan itu."Saya dapati bahawa Baginda Sultan Perak telah menjalankan tugas dengan cara paling hormat," kata Abdul Gani dalam penghujahannya selaku pencelah dalam prosiding semakan undangundang yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada 13 Feb lepas.Mohammad Nizar, 52, memohon perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari, daripada menjalankan tugas itu.Abdul Gani berkata untuk menentukan tidak berlaku sebarang kecacatan dalam keputusan Baginda, Sultan Azlan Shah telah memanggil dan menyoal tiga anggota Dewan, yang dahulunya daripada partiparti pakatan pembangkang, terdiri Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) bagi memastikan bahawa Barisan Nasional mendapat sokongan mereka."Baginda telah menemui kesemua 31 anggota Dewan yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional," katanya.Abdul Gani berhujah bahawa oleh kerana Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan, beliau secara automatik hendaklah meletak jawatan sebagai Menteri Besar seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak."Perkataan 'hendaklah meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) bermaksud 'mandatori'. Jika kita kehilangan kepercayaan, adakah kita masih hendak tunggu."Sebaik saja seseorang itu kehilangan kepercayaan, dia mesti meletak jawatan. Kita tidak boleh ada seorang Menteri Besar yang tidak mendapat kepercayaan majoriti," katanya.Abdul Gani berkata bahawa Sultan Perak tidak pernah memecat seorang Menteri Besar sebaliknya Menteri Besar hendaklah meletak jawatan jika dia tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan."Itu adalah undang-undang dan itulah proses demokrasi," katanya.Abdul Gani juga memberitahu mahkamah bahawa perlembagaan tidak mempunyai peruntukan agar satu usul undi tidak percaya dibuat sebelum Mohammad Nizar boleh dilucutkan jawatan."Baginda Sultan Perak sendiri telah memastikan perkara sebenar, dengan memanggil kesemua 31 anggota Dewan berkenaan, sebelum membuat keputusan bahawa pemohon (Mohammad Nizar) telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan," katanya.Sebelum itu, Mohammad Nizar ketika menyambung keterangan semasa disoal balas, berkata beliau hanya tahu mengenai penarikan balik surat letak jawatan tiga ADUN berkenaan selepas menghadap Sultan Perak pada 5 petang 4 Februari."Saya hanya tahu selepas saya keluar dari Istana, apabila pegawai saya memberitahu melalui telefon pada pukul 6 petang, bahawa keluar kenyataan dalam berita menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa ketiga-tiga ADUN melompat ke parti Barisan Nasional dan BN ada majoriti," katanya.
usinkata; ikut "akal" pendek saya..kenapa Peguam Kerajaan Haram Perak diketuai Peguam Negara Abdul Ghani Patail ...?

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009