Bai'ah...sejak dua menjak ini perkataan itu sudah menajdi buah mulut rakyat Malaysia sekirana ia mengikuti dan membaca akhbar perdana milik UMNO iaitu Utusan Malaysia..
Sengaja dipejamkan mata utk melihat isu ini atau memberi sedikit ulasan mengenainya..Tanpa disedari pagi tadi terbaca juga apa yang ditulis didalam Utusan Malaysia..dari muka depan sehinggalah masuk kedalamdan isu ini penuh satu muka surat akhbar itu..
Bagi PAS ianya sudah tentu satu akujanji utk memastikan lompat melompat dari PAS ke parti lain tidak berlaku kepada Adun atau Ahli Parlimennya..
Sekarang yang menghangatkan isu Bai'a PAS in melibatkan satu perkara yang "halal" tetapi dibenci oleh Allah..iaitu "cerai"...dan didalam Bai'ah Pas ini..cerainya berstatus "tahap merah"..tahap dimana tidak akan berlaku kembali "rujuk" setelah gugur talak tahap merah ini atau talak "TIGA"..kalau nak rujuk juga terpaksa mencari "cina buta"..
Pendengaran isu Bai'ah ini sampai dikepala ini ketika hangat dibicarakan tentang acara "lompat jarak dekat" yang berlaku di Perak..ianya melibatkan 2 Adun dari PKR dan 1 dari DAP..ketika itu dibicarakan mengapa tiada Adun dari PAS yg berani lompat ini kerana terdapat Bai'ah yang amat gerun sekali jika ianya dilanggar iaitu "jatuh talak 3 jika lompat"...
Dihati ini amat bersetuju sekali bahawa akujanji seperti ini amat berkesan sekali dari membiarkan adun-adun atau ahli parlimen Pas untuk menyertai acara lompat jarak dekat iaitu menyeberang menjadi bebas atau memeluk mana-mana batang tubuh parti lawan..
Namun pada hari ini ada kenyataan dari pemimpin PAS yang menyatakan tiada akujanji seperti itu dan tidak pernah ada arahan dari Pas Pusat utk memastikan semua adun/ahli parlimen Pas berjanji seperti itu sebelum diterima menjadi calon..
Padahal sudah ada pemimpin Pas yang mengakui sudah melalui akujanji tersebut dan memegangnya..ditokok tambah pula dari seorang pemimpin PKR yg berkata terdapat aduan dari wakil rakyat PAS yg sudah mengikat akujanji itu supaya diketengahkan masalah yang sedang dihadapi mereka oleh beliau..
Hati ini tidak dapat memberikan apa-apa jua pandangan "apakah akujanji ini diterima oleh syariat..?..ini kerana hati ini kurang arif..(mohon maaf)..
Apa yang belegar dihati ini..mengapa isu Bai'ah ini dijadikan "mata tombak" utk menikam Pas dari depan..?
Adakah ini berkait rapat dimana Kelab Penyokong Pas(bukan islam) akan diterima sebagai Sayap Parti tersebut dan melayakan mereka ini bertanding di mana-mana kawasan yang difikirkan wajar utk merealisasikan apa yang tersirat didalam slogan Pas Untuk Semua..?
Hati ini menjangkakan isu ini akan menggerunkan mana-mana ahli Kelab Penyokong Pas(bukan islam) berfikir 3 4 kali untuk mencuba nasib menjadi calon Pas bagi Pilihanraya yang akan mendatang..
Tentu sahaja mereka ini akan memikirkan..utk islam ada talak 3..untuk bukan islam apa pula..?..pening2..
Jika benar kata hati ini..maka lengkaplah satu teori utk menggagalkan gagasan yang dipanggil Pas Untuk Semua...tahniah UMNO/BN..anda berjaya..
Sudahlah baru-baru ini dikejutkan dengan kehilangan sokongan kepada Pas dan kembali keatas pagar oleh golongan muda..
Dan isu Bai'ah ini ika tidak diatasi segera memungkinkan akan berlakunya kemerosotan pada Kelab Penyokong Pas(bukan islam)..sudah tentu golongan ini terkeliru dan celaru..
Belum pun bangkit dari isu kehilangan sokongan muda..PAS ditekan pula dengan amaran bakal kehilangan sokongan dari bukan islam/melayu yg sudah mendaftar atau yg berkira-kira untuk mendaftar sebagai ahli Kelab Penyokong Pas..
Kehilangan 2 sumber ini akan memastikan PAS dan PR masih kekal menjadi "pembangkang" di Parlimen Malaysia..sekali lagi,,