Saturday, November 7, 2009

"Hasrat Murni Penguasa Untuk Menguasai"

Henti berbalah isu pendidikan - PM

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak mahu melihat wujudnya perbalahan dalam masyarakat terhadap isu sistem pendidikan negara yang dianggap sensitif kepada rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ini kerana hasrat murni kerajaan melaksanakan sesuatu dasar boleh menjadi tidak bermakna langsung jika semua rakyat tidak bersedia menerima dan mengamalkannya...7/11/09


Sengaja dihighlightkan perkataan hasrat murni yang dilontarkan ole PM 1Malaysia berhubung isu pendidikan..Fokus utusan malaysia seperti yang dilaporkan menjurus isu "Sekolah 1Aliran" yang cuba disogokan untuk mencapai matlamat dan harapan Najib me1Malaysiakan apa jua yang dapat mempopularkan perkataan keramat 1Malaysia..

Sedikit pro dan kontra yang ingin disampaikan disini..pronya ialah langkah ini sebenarnya bagus namun ia mestilah dibuat dan dirangka oleh ahli akedamik yang berkeayakan dan bertauliah serta melalui satu meja bulat yang dapat membentuk satu muafakatan secara ilmiah..bukanya bertujuan utk meraih populariti atau sengaja dilakukan utkmenutup mana-mana bangkai (isu) yang sudah berbau 1Malaysia.

Tidak terfikirkan Najib dan para anggota kabinetnya mengapa percubaan sogokan "Sekolah 1Aliran" ini ditentang bukan sahaja rakyat biasa malah parti-parti komponen yang "tegar" dengan perkauman seperti MCA dan MIC..

Sudah tentu MCA dan MIC bimbang jika sogokan "Sekolah 1Aliran" ini dibentangkan kepada umum...kemerosotan undi serta sokongan "bangsa" mereka sendiri akan semakin kekal kepada Pakata Rakyat yg diterajui oleh PKR dan DAP..ini dapat dilihat semasa Pilihanraya Kecil Lunas yg dimenangi oleh PKR suatu ketika dahulu...diLunas isu yang dimainkan oleh PKR sudah tentu idea "Sekolah Wawasan" yg dicanangkan oleh DR Mahathir..dan idea ini memakan diri BN apabila tumbang disana.

Bahasa Melayu dan Agama Islam

Mengingatkan kembali perkataan hasrat murni yg dilontarkan oleh Najib...terkenang kembali PPSMI..ternyata inilah yang dikatakan hasrat murni kerajaan BN menjahanamkan Bahasa Melayu..

Bagaimana PPSMI dilacurkan utk mengembalikan sokongan bukan melayu kepada BN..perlaksanaan yang tergesa-gesa utk meraih populariti..peruntukan berjuta-juta tanpa perancangan rapi..dan akhirnya ia langsung xmenjadi malah bertambah parah nasib anak-anak melayu didalam bidang pendidikan..

Diwar-warkan pula utk disogokan bahasa Jepun sebagai Bahasa Ketiga....kelas dicadangkan selepas waktu sekolah..dimana pula anak-anak melayu hendak belajar agama islam..sudahla sistem sekolah kebangsaan meminggirkan utk memartabatkan ilmu agama dengan hanya berapa jam sahaja diperuntukan utk diajar mata pelajaran Agama Islam..untuk itu ibu bapa yg ingin anak-anak mereka diisi didada dengan ilmu islam mengambil serta mencuri wajtu bermain anak-anak utk diberi ilmu agama..

Untuk itu janganlah dihairankan..mengapa masalah sosial dikalangan anak muda mudi di masa kini semakin menjadi-jadi..keruntuhan akhlak yg semakin meruncing..fikirkanlah..ilmu agama diajar ketika diwaktu anak-anak perlu "bermain"..oleh itu main-main sajalah mereka ketka diajar..kemana ilmu tersebut....

Inilah hasrat murni...dilakukan ketika inginkan sesuatu..tanpa dirujuk kepada yang lebih arif..

Perjudikan nasib bangsa dan negara utk lebih lama kekal menjadi "Penguasa dan Menguasai"..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009