Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.
Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.
Hakim Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
Kata Hakim lagi .. "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah,"
Sudah terang lagi bersuluh bahawa SPR kini berwajahkan lumpur dari kolam najis..berbau busuk meloyakan..membiarkan "badan" yang diamanahkan oleh rakyat bergelumang dengan puak gerombolan yang sebenarnya memalit najis khinzir kepadanya...
Bersungguh-sungguh usaha SPR untuk memastikan tiada kekosongan DUN hingga melangkah "songkok" Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah..
Dengan keputusan ini maka wajarlah ia disambung kembali kepada kemelut Negeri Perak..dimana keadaan hampir serupa..dimana SPR berlagak hero terus menendang songkok Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
Jika SPR ini berada di negara Pasir 2 Butir..alamat SPR ini sudah tentu dikenakan hukuman "kasi" kerana menghina Perlembagaan Negeri..
Diharap dengan keputusan dari Mahkamah Tinggi ini semua rakyat 1Malaysia dapat menilai wajah sebenar..
.... SPR binti UMNO/BN..