Sunday, November 1, 2009

PR Perak; "Jantung Perpaduan PR"


Terkadang terfikir juga kenapa krisis di Perak belum nampak lagi tanda tanda akan selesai..
Hebat benar PR disana.."Berbelas berpuluh Beratus kali engkau Terbabas terhempas terpulas"...
Namun masih lagi tegap berdiri mempertahankan hak dan kebenaran..
Krisis Perak juga dapat dilihat sebagai "jantung " keutuhan PR..disana PR cukup utuh dan bersatu dibawah pimpinan Dato Seri Nizar (PAS) dan dibantu dengan para Adun-Adun PR yg lain..
UBN disana seperti sudah hilang tipu daya utk menterjemahkan bahawa Kerajaan Perak dibawah MB Dato' Seri Nizar adalah "haram"..semakin diserang..semakin kuat dan tegap PR disana..
Hidangkanlah apa jua racun berbisa kepada mereka..namun ianya "tawar" dengan penawar perpaduan PR disana..
Inilah model Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan 1Malaysia yg dimiliki oleh Pakatan Rakyat Perak..
Semua sepakat utk mendapat berkat...
Wajar sekali PR Kedah dan PR Selangor "belajar sesuatu" dari PR Perak menghadapi serangan dan tomahan UBN.
PR Perak sekarang sudah siap memperkemaskan jentera Pilihanraya DUN Perak..dengan ini diseru semua pemimpin PR mengambil Pilihanraya DUN Perak ini batu loncatan utk meninggalkan "hot line" atau garisan panas yg sudah menggarisi PAS dan PKR..
Ambilah kesempatan ini utk "bangun" dan "berdiri semula" serta terus "berlari" menggapai kejayaan memartabatkan Ketuanan Rakyat..
Promosikan Perpaduan PR Perak ini keseluruh negara dan jadikan ianya sebuah role model utk mencapai Negara Kebajikan...
PR Perak "jantung" perpaduan PR yg kini dicemburui Najib dan UBN yg gah dengan slogan 1Malaysia tetapi nampak macam 2 3Malaysia..
Dan kini sudah sampai masanya...PR Kembali Menyerang...kami dibelakangmu..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009