Friday, November 6, 2009

Dilema: PAS KEDAH & Seminar; REVOLUSI @ ILUSI..?


Sekali gegaran melanda PAS sebelum berlangsungnya Seminar Politik PAS esok..Dr Aziz Bari lantang mengkritik Presiden PAS TGHA sebelum pintu seminar dibuka.
Jika membaca keseluruhan kritikan dan pandangan beliau itu...dapat dilihat dengan secara "kasar" bagaimana wajah PAS selepas era Allahyarham Ust Fadzil Nor...

Dilema PAS Kedah
Disaat ini jika dilewati laman web rasmi PAS HarakahDaily tiada langsung ulasan dari mana-mana pihak yang mengupas isu kritikan berpanjangan Dr Aziz Bari...
Adakah ada tangan mana-mana pihak yang menguasai HarakahDaily melarang sebarang ulasan sebelum Seminar dibuka secara rasminya..?
Adakah jika dipamerkan apa jua ulasan di dalam HarakahDaily akan menyebabkan fokus para peserta akan lebih condong melihat pimpinan PAS perlu diREVOLUSIkan..?
Adakah Harakdaily dan juga lidah rasmi tradisional PAS iaitu akhbar Harakah berada ditelunjuk seseorang..?
Bukalah akhbar itu..apa yang sering dipaparkan hanyalah berita mengenai PAS Terengganu dan juga PAS Kelantan..jika ada mana PAS negeri hanyalah "melukut ditepi gantang..".
Begitu juga akhbar politik "bebas" Siasah...pi mai pi mai..cerita pasal Terengganu lebih banyak dari lain-lain negeri..
Adakah Siasah ini "anak angkat" PAS Terengganu..?
Kesian benar buat PAS Kedah..sudahlah semasa PRU ke 12..publisiti buat PAS Kedah amat mengecewakan sekali..hinggakan ada pendapat yang mengatakan PAS Kedah low profile..?
Senyap-senyap menyusup ke akar umbi dan bangun membuat kejutan merampasnya dari tangan UBN..?
Selepas era tsunami pon dapat dilihat bagaimana PAS Kedah bergerak utk publisiti....dalam akhbar tradisi dan media baru pun amat jarang sekali diwar-warkan..
Nasib baiklah ada KedahLaNie..itu pun rasanya tak cukup utk membuatkan para musuhnya terus duduk berdiam diri tanpa balas..
Sepatutnya PAS Kedah perlu ditolak kedepan...baik dari segi publisiti mahupun keutuhan dikalangan rakan kongsi iaitu PAS dan PKR..
Berilah ruang yang luas utk PAS Kedah dapat terus "memelihara kemenangan"..
Atas pendapat inilah ..hati ini menyokong Ust Azizan perlu memimpin PAS Pusat..(percayalah).
Utk semua ahli PAS seluruh negara..hati ini ingin berpesan...jangan jadikan slogan ini bermain dihati kami..

"NEGERI KALAH DIDAHULUKAN..NEGERI MENANG DIABAIKAN..."

Seminar Politik PAS
Jauh disudut hati ini..dapat merasakan betapa terujanya semua para peserta menanti hari esok..?..adakah akan ada REVOLUSI atau ILUSI..?
Dijangka ahli panel yang dijemput iaitu Dr Aziz dan Dr Abu Hasan Abdullah akan membuat kejutan iaitu akan mengusulkan pandangan mereka utk menggerakan para peserta seminar utk mencipta satu REVOLUSI...?
Setakat ini..hanya dilihat Dr Aziz Bari sahaja yg beriya-iya utk meREVOLUSIkan PAS....
Dr Abu Hasan Hasbullah masih belum memberikan apa-apa "hint" utk para peserta seminar khusunya..pada umumnya juga setiap ahli dan bukan ahli masih tertanya-tanya dipihak manakan Dr Abu Hasan Hasbullah...TGNA kah..? atau..TGNA..?
Dan sekali lagi..hati ini tetap berkeras.Dr Abu Hasan Hasbullah akan menghulur tangan dan mengangkatnya serta menjulang ke udara serta melaungkan REVOLUSI..
Sekali lagi diseru semua ahli PAS...

"JANGAN JADIKAN SLOGAN PAS FOR ALL SEBAGAI ILUSI."

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009