Tuesday, November 10, 2009

Hindraf Dan PR Seiring Dan Sejalan..



Pengasas Hindraf ikat persefahaman dengan Pakatan Rakyat
sumber;freemalaysiatoday.com/bahasa

KETIKA Barisan Nasional (BN) cuba menampikan Parti Makkal Sakhti sebagai alternatif kepada MIC, pengasas Hindraf, P Waytha Moorty menegaskan badan itu lebih yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN, dalam membela kaum India.

Beliau yakin Hindraf dan Pakatan Rakyat boleh mencari titik persefahaman dalam memperjuangkan hak-hak asasi rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk masyarakat India.

Setelah terpaksa berlindung di London sekian lama akibat tekanan dari Umno-BN di Malaysia, Waytha tampil di Singapura untuk mengadakan pertemuan sulung dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim semalam .

Waytha berkata, Zaid memahami tuntutan Hindaf dan bersetuju yang masyarakat India di Malaysia perlu dibantu seiring dengan kaum lain yang turut ditindas kerajaan Umno-BN.

“Semua ini kerana Umno-BN mengamal konsep perkauman. Orang Melayu juga sebenarnya tertindas,” Waytha berkata, merujuk kepada dasar-dasar Umno-BN.

Walaupun KEADILAN mewakili semua kaum, bukan India semata-mata, beliau beranggapan perbincangan lebih terperinci mengenai masalah kaum dapat menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita boleh berbincang masalah Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban. Kita boleh mencari penyelesaian, seterusnya mengatasi masalah itu,” katanya.

Beliau tiada masalah dengan Artikel 153 yang memberi orang Melayu hak istimewa tetapi berpendirian dasar itu diperalatkan oleh Umno-BN bagi membolot kekayaan bagi pemimpin dan kroni serta meminggirkan kaum Melayu secaa keseluruhan.

“Artikel itu bukan bermaksud mengabaikan kaum lain. Tapi, kita lihat Umno-BN menindas kaum lain termasuk India,” katanya.

Waytha Moorty berkata, penubuhan Parti Makkal Sakhti dengan sokongan peribadi Perdana Menteri Najib Razak hanya strategi untuk Barisan Nasional memenangi semula pengundi India pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau kesal kerana ungkapan ‘Makkal Sakhti’ yang menjadi laungan perjuangan Hindraf, dijadikan nama parti politik bagi memecah-belah dan mengelirukan masyarakat India.

“Inilah pertama kali bahasa Tamil digunakan sebagai nama parti politik. Mengikut Akta Pertubuhan kecuali nama lama seperti nama Umno dalam bahasa Inggeris, semua parti mesti menggunakan bahasa Malaysia."

“Saya tidak sokong dan tiada kena mengena dengan parti itu. Benar, ada ahli Hindraf mengikat persefahaman dengan Umno-BN. Ia bukan masalah besar kerana masyarakat India tahu siapa pemimpin Hindraf sebenar,” katanya.

Beliau enggan mengulas panjang mengenai parti Makkal Sakthi, sebaliknya menegaskan Hindraf akan tetap kekal dengan perjuangannya.

Sementara itu, Zaid berkata, pengasas Hindraf itu menerangkan asas perjuangan gerakan itu yang banyak bertumpu kepada usaha menangani masalah kemiskinan kaum India dan rakyat lain umumnya.

Katanya, imej buruk yang dilempar terhadap Hindraf hanya propaganda media arus perdana kawalan Umno-BN.

“Kita banyak persamaan. Tidak semua tuntutan boleh dilaksanakan serta-merta. Saya terangkan yang kaum lain juga memerlukan pertolongan. Jadi, kita sepakat dalam soal ini.

“Kita mempunyai pendirian sama mengenai arah tuju dasar negara. Membela nasib kaum India dan kaum miskin yang teraniya. Kita akan bela. Itu janji kita kepada Hindraf,” katanya

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009