Saturday, November 7, 2009

Keputusan Seminar; Peluang Ke-3 buat Saff Pimpinan TGHA..?

Sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada semua peserta Seminar Politik PAS yang berlangsung pada hari ini..
Sepanjang sejarah politik Malaysia..rasanya hanya parti PAS sanggup mendedahkan panau dan kurap yang sedang dijangkiti badan parti politik itu yang kini sedang hangat diperkatakan sekarang buat tontonan umum.
Rasanya parti yang bertunjuangkan Melayu iaitu UMNO tentu kecut perut jika diusulkan untuk mendedahkan panau dan kurap dihadapan umum buat tatapan..
Jika dibuat perbandingan..MCA dan PAS sedang mencuba untuk mencipta satu suasana politik baru untuk tontonan dan pertimbangan serta penilaian seluruh rakyat Malaysia..
Jika sebelum ini parti Gerakan dilihat hampir pasti membawa kejutan untuk mendedahkan panau dan kurap yang sedang dijangkiti mereka..namun bagaikan ada satu "tenaga" telah disuntik ke dalamnya dan membuatkan "usul" itu disejukan dan di-ais-kan ...
PKR juga dilihat ingin mengerakan satu "pembersihan" dan kini dapat dilihat usaha itu sedang berjalan dan bukanya "retorik" semata-mata..
Kembali kepada PAS yang difikirkan sedang dilanda "tenaga" REVOLUSI"...pendedahan demi pendedahan yang menampakan seluruh "bahagian sulit" parti itu bagaikan "mengejutkan gergasi yang sedang tidur kekenyangan" selepas berjaya membuat tsunami politik bersama dengan dengan rakan kongsi mereka iaitu PKR dan DAP..
Akhirnya selepas dihentam dan dikritik 5 resolusi berjaya dilancarkan..
Jika dinilai melalui technician pekak ini..resolusi ini bagaikan "separuh masak"...
Ia separuh masak disebabkan apakah yang akan dijadikan ukuran utk menentukan resolusi ini berjaya atau tidak?..pendek kata bilakah "due datenya.."atau dimana "tarikh luputnya"..adakah sebelum Muktamar ..atau Muktamar Khas atau ketika hampir dekat dengan PRU ke13..?
Termenung sejenak selepas memahami 5 resolusi ini..dihati ini terus menilai resolusi ini bagaikan menjadi satu medan ujian buat Presiden parti serta saf kepimpinannya..
Ini dapat dilihat langkah-langkah awal sudah dijalankan utk mempertahankan atau cuba menagih perhatian ahli parti supaya memberikan peluang kedua buat TGHA dan Teamnya..sebelum berlangsungnya Seminar Politik PAS yang hangat dan panas..
Fikiran cetek ini menilai..melalui pelancaran nafas baru buat HarakahDaily..dan serta persetujuan mengadakan Seminar Politik PAS yang dikatakan bersifat profesional serta sanggup menerima teguran dan kritikan..dari luar kotak PAS..
Seperti ada satu kuasa yang menekan hati ini utk mengatakan ..isi kandungan kritikan dan serangan dari dua ahli panel akedamik ini sebenarnya sudah dihidu oleh team pimpinan TGHA...
Oleh itu segala langkah-langkah pencegahan utk meminiumkan takat didih para peserta Seminar dari mengusulkan sesuatu yang "luar biasa" sudah disediakan...
Lihat sahaja kenyataan TGHA didalam sidang media selepas Seminar itu berlangsung..tiada kejutan yang dialaminya...katanya lagi kritikan keras dari dua ahli panel adalah perkara biasa..kita matang dengan kritikan dan yang mana benar kita ambil dan yang mana tidak benar kita jawab..
Dapat dilihat juga TGHA amat berbangga sekali dengan lulusnya resolusi yg dicadangkan..baginya ia membuktikan staff pimpinanya serta idea dan tindakan susulan yang akan dilakukan diterima peserta seminar yan mewakili semua ahli parti..
Memikirkan kata-kata Prof Aziz Bari dimana beliau tidak mempunyai bukti dan atau "ubat" utk memantapkan PAS...seolah-olah membayangkan perasaan kecewanya terhadap beberapa pemimpin bertaraf "Primitif" serta membayangkan tidak lagi akan ambil "peduli" PAS selepas ini..
Beliau kecewa dilabel "tsunami kerukunan" didalam PAS..
Bagi Dr Abu Hasan pula..data-datanya sudah bocor awal lagi kepada saf pimpinan PAS...sebab itu langkah utk kembali menarik semula sokongan muda yang dikatakan "mengatakan TIDAK" kepada TGHA utk mengatakan "YA" semula...
Wajarkah peluang ke-3 diberi kepada saf pimpinan TGHA..?..setelah peluang ke-2 dipandang sinis..?
Anda ahli PAS menentukanya..samada utk meneruskan agenda REVOLUSI atau membiarkanya sebagai ILUSI..
Dan hati ini tetap yakin..walaupun api REVOLUSI dipadamkan ketika ini..namun baranya tetap membara..
Mari kita sama-sama lihat adakah RESOLUSI akan bertukar menjadi REVOLUSI..dan bukanya ILUSI..

***disini ingin diperkatakan sesuatu..resolusi yg diluluskan umpama "umpan yang sudah hilang dari mata kail"....
ingin ditegaskan sekali lagi..umpan baru sudah tersedia..cucuklah Ust Azizan,Ir Nizar,Abg Mat Sabu...ini umpan "terbusuk" sekali yang dapat menarik perhatian ikan(rakyat)...
ooooooo..Husam Musa hanya utk negeri Kelantan sahaja..biarkan ia menjaga negerinya..
jangan lupa..calon Perdana Menteri Malaysia..Ir Nizar..he's PM WIP(work in progress)..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009