Monday, November 2, 2009
Persoalan.?????????????
Persoalan yang timbul selepas membaca artikel mengenai Kiamat 2010 @ Bencana alam paling besar di tahun 2012..? iaitu bencana yang bakal berlaku pada tahun 2010 semakin membara dan bercambah selepas menonton satu dokumentari bertajuk Nostrodamus:Amargedon 2012 yang disiarkan di channel HISTORY saluran 555.
Persoalan utama apakah persediaan kita untuk menghadapinya dari segi material dan juga spiritual..?
Artikel ini ditulis bukanlah bertujuan untuk mencetuskan perasaan tidak selesa sekaligus menimbulkan suasana panik apatah lagi jika ianya berlarutan menjadi huru hara.Hanya sekadar ingin berkongsi persoalan demi persoalan.
Mengikut artikel tersebut(Apa itu Badai Matahari di tahun 2012) yang penuh dengan fakta dari kajian dijalankan sejak dari tahun 1975 oleh LAPAN (Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional ) dunia bakal berhadapan dengan pelbagai bentuk bencana alam.
Apa yg pasti bencana tersebut bakal meninggalkan impak yg amat mendalam kepada kehidupn manusia.
Antara bencana yang diramal akan berlaku ialah kebuluran akibat dari kesan pemanasan global iaitu kemarau panjang dan juga Ribut Taufan..dan pelbagai lagi bencana alam yang dijangka akan berlaku..
Disini fokus utama yang ingin disampaikan ialah Malaysia dijangkan akan turut sama merasai kesan dari bencana tersebut.
Kita amat maklum bahawa negara kia selamat dari gempa bumi,gunung berapi dan juga ribut taufan..namun begitu adakah ianya sudah memadai dengan hanya kita berasa syukur tidak ditimpa bencana alam seperti ang dikatakan tadi.
Kita jangan lupa jika kesan dari pemanasan global itu akan menyebabkan berlakunya krisis makanan..
Suatu ketika dahulu negara digemparkan dengan kenaikan harga beras didalam negara akibat dari peningkatan yang mendadak harga beras dunia akibat dari bencana alam yang dialami oleh negara-negara pengeksport beras..
Kita juga amat maklum bahawa pengeluaran beras didalam negara tidak dapat menampung keperluan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia..walaupun didalam negara terdapat negeri yang digelar Negeri Jelapang Padi..
Bayangkan jika negara-negara pengeksport beras mengalami bencana alam sudah tentu ianya aka memberikan kesan yang amat mendalam kepada Malaysia dimana hampir 100% rakyatnya menjadikan beras sebagai makanan asasi.
Oleh itu dimana langkah-langkah Kerajaan Malaysia utk mengatasi masalah ini..apakah bila sudah menghampiri 2011 atau 2012 baru hendak dimulakan..sudah terlambat..
Sawah bendang kini semakin galak ditambus untuk pembinaan pelbagai projek..
Para petani dan pesawah yang mengerjakan tanah bendang/sawah kini hanya tinggal yang tua-tua sahaja..berapa kerat sahaja anak muda yang mahu mengusahakanya..
Di era pemerintahan Tun Abdullah diwar-warkan Pertanian Satu Perniagaan untuk menarik minat golongan muda untuk mengerjakanya tetapi setelah pimpinan negara diambil alih..lenyap sudah usaha yang amat baik itu..
Disini ada satu cadangan dari seorang technician pekak...hentikan dan bekukan sebarang projek diatas tanah sawah..satu peruntukan bagi pesawah-pesawah yang mengerjakannya..berikan elaun bulanan tetap sebagai subsidi serta penambahbaikan dari segi kualiti dan kuantiti..galakan dan latihan..dan yang paling penting harga padi tersebut hendaklah dikawal supaya dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak dari pesawah hinggalah kepada pengguna..
Kesan bencana alam pada 2012 bukan setakat dapat mengakibatkan krisis makanan global sahaja..jika diperhatikan terdapat dua negara yang menjadi tempat bergantung ekonomi Malaysia..iaitu Amerika dan Jepun..
Mengikut ramalan bencana tersebut 2 negara ini amat terdedah dengan apa yang bakal berlaku..
Jepun dengan rangkaian titik panasnya yang mewujudkan gunung berapi dan gempa bumi serta sering dilanda tsunami.
Manakal Amerika juga bakal diramal mengalami letusan gunung berapi yang amat dashyat serta tsunami bersaiz raksasa..
Sudah tentu jika bencana itu melanda kedua-dua negara..bagaimana ekonominya..sudah tentu berada ditahap kritikal..dan jika negara-negara tersebut berada didalam kritikal..bagaimana pula Malaysia ..sudah tentu tenat dan menunggu masa dicabut rohnya..
Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh kerajaan Malaysia utk meminimakan pergantungan ekonomi kepada kedua-dua negara tersebut..?
Kita amat maklum bahawa negara kita masih mempunyai sumber minyak yang sangat berharga..namun apakah itu sudah memadai utk menghadapi bencana besar yang bakal berlaku 2012..?
Kita hanya terlalu bergantung kepada hasil minyak..dan mengabaikan untuk mencari kaedah lain untuk memastikan keutuhan ekonomi tetap berada dilandasan walaupun negara diambang krisis akibat kehilangan pergantungan kepada 2 negara tersebut...
Terdapat pelbagai lagi persoalan yang bermain difikiran mengenai kesan bencana alam 2010 yang bakal dihadapi .cukuplah dengan dua kesan iaitu KRISIS MAKANAN DAN KEHILANGAN PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA JEPUN DAN AMERIKA...
Dengan 2 krisi ini sudah cukup membawa Malaysia kedalam suatu kedaan yang amat tertekan dan menekan jika langkah-langkah yang wajar tidak dapat dijalankan dengan sekadar beberapa segera..
Disini juga ingin dikongsikan..kepercayaan apakah akan berlaku bencana 2010 bukanlah satu isu yang hendak ditekankan..fikirlah sendiri berdasakan fakta..
Apa yang ingin ditekankan apakah langkah-langkah yang akan kita ambil sekiranya ianya benar-benar terjadi..
Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...