Jika menonton filem keluaran Bollywood..sudah tentu ianya memakan masa 3 jam atau lebih..jarang benar flem Bollywood 1jam 30 minit..
Maka cerita kes PKFZ pon nampaknya ingin di-Bollywood-kan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.
Isu ini dosorot dengan penuh minat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena,YB Mahfuz Omar..berikut adalah kenyataan dari beliau yang menyedari PKFZ akan "dipindahkan" ke Mumbai
"Saya nampak kerajaan (khususnya) Sidek sengaja panjangkan kes itu entah bila (dan) sampai bila...dulu (kerajaan) tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di bawah Parlimen, sekarang tubuh pula pasukan Khas yang orang dia sendiri (Sidek) jadi Pengerusi. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan tubuhkan Task Force. Audit swasta juga dibentuk."
"Semua ini (jawatankuasa) hanya nak lengah-lengahkan, dari diketahui rakyat bahawa siapa yang sepatutnya bersalah dan dibawa ke muka pengadilan," jelasnya.
Semalam, Sidek bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan meminta Lembaga Pengarah LPK menubuhkan suatu ad hoc di bawah Kementeriannya.