Tuesday, November 17, 2009

Najib Menteri Kewangan Paling Lembab dan Lambat..?



NEAC: Daya tindak Najib tidak setanding Mahathir

sumber; MerdekaReview

Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak kekal "senyap" sehingga kini. Situasi ini mencungkil keresahan, malah keraguan sama ada NEAC sempat merangka satu model ekonomi baru yang konkrit dalam tempoh dua bulan, sebelum tahun 2010?

Demikianlah persoalan yang dibangkitkan, ketikaBusiness Times dari Singapura mengulas NEAC yang bertanggungjawab merangka model ekonomi baru untuk menjayakan peralihan Malaysia kepada sebuah negara berpendapatan tinggi.

Tulisan tersebut mengingatkan bahawa lima bulan sudah berlalu, selepas Najib melantik bekas CEO Maybank merangkap bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Amirsham A.Aziz sebagai Pengerusi NEAC pada Mei 2009. Ini ditambah pula dengan lantikan sembilan orang "pakar" ke dalam NEAC, dua bulan selepas itu.

Sepanjang lima bulan ini, tidak banyak yang diketahui berkenaan NEAC, malah NEAC sendiri juga tidak menunjukkan prestasinya. Keadaan sedemikian mengungkit keresahan sama ada NEAC benar-benar beroperasi, atau sekadar salah satu badan yang ditubuhkan dengan seribu satu alasan, tetapi terbeku dalam peringkat "tergendala".

Langkah Najib nyata lambat

Malah, Business Times telah membandingkan NEAC yang ditubuhkan oleh Najib, dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang ditubuhkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad pada Januari 1998, untuk menonjolkan bagaimana Najib dianggap lebih lambat dalam langkahnya.

MTEN yang dipengerusikan oleh Daim Zainuddin ini telah menubuhkan Danaharta pada Jun 1998, menjadi pembeli bad loan dan pengurus hartanah daripada bank yang terjerumus dalam krisis.

Kini, Danaharta diisytihar antarabangsa sebagai antara langkah terbaik untuk menyelesaikan krisis bank, malah digunakan secara meluas oleh negara Barat seperti Amerika Syarikat dalam krisis ekonomi global masa kini.

Menurut maklumat yang didapati, dalam tempoh setahun selepas Julai 1997, lebih 2000 syarikat di Malaysia mengalami penggulungan. Dalam keadaan di mana bank berdepan dengan bad loan yang besar, penubuhan Danaharta telah berjaya menyerap hutang yang berada dalam sistem bank.

Dalam tempoh tujuh tahun dan enam bulan, bad loan sebanyak RM50 bilion telah dikendalikan, malah RM30 bilion antaranya, telah dibayar, dengan kadar recovery on bad loan setinggi 58%. Prestasi ini lebih baik berbanding institusi lain dengan fungsi yang sama di Asia, yang rata-ratanya hanya mencatat 20-50%.

Pada Julai 1998, iaitu enam bulan selepas ditubuhkan, MTEN telah merangka satu pelan yang terperinci, iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi National (PPEN). PPEN menggariskan enam langkah untuk menghadapi krisis ekonomi ketika itu.

Selain itu, MTEN juga bertanggungjawab untuk mengemukakan pakej rangsangan ekonomi, malah memperbaharui maklumat ekonomi terkini untuk penentu dasar yang utama setiap dua bulan, malah setiap dua minggu kemudiannya.

Lawatan sambil belajar di Korea?

Selain itu, MTEN juga mengkaji enam bidang yang harus diberi perhatian oleh kerajaan, dari pelancongan hinggalah pendidikan, dari perkhidmatan hinggalah pengangkutan. Pada masa yang sama, MTEN ini tidak mengasingkan diri dari umum ketika membuat keputusan, malah berunding dengan badan korporat yang berlainan dalam bidang masing-masing. Lebih-lebih lagi, wartawan agensi berita antarabangsa turut dibenarkan untuk turut serta dalam proses perundingan tersebut.

Bagaimana pula dengan NEAC yang ditubuhkan oleh Najib ? Tidak banyak yang diketahui secara umum. Setakat ini, kita hanya tahu bahawa Amirsham A.Aziz pernah mengutarakan pandangan dalam satu seminar, berkenaan bagaimana Malaysia cuba membebaskan diri dari Middle Income Trap dan menuju ke matlamat negara berpendapatan tinggi; bagaimana untuk menyelesaikan masalah struktur dari segi pendidikan, ekonomi, daya saing, sumber manusia, pelaburan swasta dan sebagainya.

Selain itu, NEAC diketahui melalui media yang melaporkan bagaimana NEAC mengadakan "lawatan sambil belajar" ke Korea, melihat bagaimana negara tersebut berjaya beralih kepada negara berpendapatan tinggi. NEAC kelihatan tidak "berdaya" lebih daripada yang tersebut di atas.

Anggota NEAC termasuklah Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor Universiti Sains Malaysia), Andrew Sheng (bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Negara), Zainal Aznam Mohd. Yusof (ahli Majlis Ekonomi), Hamzah Kassim (ahli penasihat Badan Bertindak Pelaksanaan Negara), Nicholas S. Zefferys (penasihat korporat), Mahani Zainal Abidin (Ketua Pengarah ISIS), Yukon Huang (Penasihat Kanan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia), Homi J. Kharas (Fello Kanan Pusat Pembangunan Wollfensohn, Brookings Institution dan Ketua Pakar Ekonomi Wilayah Asia Timur di Bank Dunia) dan Danny Quah (Ketua Jabatan Ekonomi di London School of Economics).

Business Times mempertikaikan, apakah lawatan sambil belajar ini adalah sesuatu yang terbaik yang boleh dilakukan oleh pasukan ini?

Yang lebih penting, Najib telah berjanji di APEC bahawa model ekonomi baru bakal dikemukakan pada akhir tahun ini. Apakah NEAC mampu melakukannya, dalam jangka masa yang tinggal ini? Ini persoalan yang cukup membimbangkan.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009