Namun begitu usaha Zaid Ibrahim tidak terhenti setakat itu sahaja..walaupun beliau akur dengan hasrat Ku Li yang ingin lagi berdamping dengan UMNO yang semakin"karat"..ternyata masih ada lagi ruang yang dapat dicelah oleh beliau setidak-tidaknya utk mendekatkan Ku Li dengan PR..
Kenyataan Zaid Ibrahim didalam posting blognya" Tengku Razaleigh dan Pakatan" pada 13 Nov 09 ;-
"Mungkin ada beberapa tindakan yang boleh dipertimbangkan. Misalnya, para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka.Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan.Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari."
"Beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama."
Perkembangan terkini yang berlaku diarena politik tempatan menyaksikan Ketua Pembangkang mempelawa Ku Li untuk turut serta didalam satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan dan seterusnya ingin melantik beliau sebagai pengerusi kaukus tersebut..
Apa yang menariknya kini pelawaan itu disambut "positif" oleh Ku Li..ini bermakna satu lagi masalah yang wujud tanpa disedari oleh Najib setelah dibelenggu masalah Altantunya dan Bala yang semakin hari semakin kuat menggoncangkan Seri Perdana...Najib bakal mendapat seteru yang baru(kita nantikan bersama)..
Ternyata apa yang diilhamkan oleh Zaid Ibrahim mendapat reaksi dan direalisasikan oleh PR yang kini ditunjangi oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Terfikir Sejenak
Terkadang terfikir mengapakah idea utk membentuk satu kaukus untuk membincangkan isu royalti minyak ini tidak dilakukan ketika royalti minyak Negeri Terengganu ditukar kepada Wang Ehsan...?
Adakah kerana Ku Li orang Kelantan dan sudah tentu beliau ingin berusaha dengan sepenuh hati untuk melakukan sesuatu utk kepentingan rakyat Kelantan..?
Walaubagaimanapun diharap Ku Li akan "mencemarkan kaki" utk memijak platform yang disediakan oleh PR utk kebaikan semua pihak..baik rakyat Kelantan mahupun rakyat Terengganu..sudah tentu jika wang royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan maka Terengganu juga akan mendapat faedah yang sama..
Jika kaukus ini berjaya mendapatkan objektif yang diharap-harapkan..maka sudah terang lagi bersuluh buat Ku Li.."buang yang keruh..ambil yang jernih.."buanglah UMNO ambilah PR.."