Tuesday, November 3, 2009

Kontraktor "Runtuh" dari Malaysia..


Malaysia dijemput bina semula Iraq
Bernama; 03/11/2009 3:43pm
PUTRAJAYA 3 Nov. — Malaysia telah dijemput membina semula dan membantu Iraq bagi memastikan rakyat negara itu menikmati kehidupan biasa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Harap pihak negara Iraq mempertimbangkan sekali lagi jemputan ke atas Malaysia untuk membina semula negaranya yang 90% musnah akibat pencerobohan tentera "Pengganas" Amerika dan sekutunya..

Adalah wajar sekali pihak Iraq melihat rentetan apa yang sudah berlaku di Malaysia..
1) Bumbung Stadium Runtuh..padahal baru saja ianya dirasmikan..
2) Bumbung Masjid Runtuh..sama la jugak..baru sahaja disiapkan..
3) Jambatan Gantung Runtuh..cerita yang sama juga...disiapkan dengan tergesa-esa utk meraikan slogan.. 1Malaysia

Untuk itu wajar sekali pihak Iraq mempertimbangkan sekali lagi..takut-takut banyak bangunan disana runtuh tiba-tiba tanpa ada ledakan bom..
Ketelusan pihak berkuasa Malaysia/Kerajaan Malaysia untuk menghantar kontaraktor-kontraktor yang berkelayakan dan mempunyai reputasi yang tinggi serta rekod perkhidmatan yang baik amat diragui..
Bimbang akan dihantarnya kroni-kroni yang kerjanya hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengira kepentingan awam..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009