Thursday, November 26, 2009

Sampai Bila Asyik Nak Telan "air kencing" Najib ni..!!!



Inilah Pembohongan "besar" Najib pada 3 November 2009 didalam Dewan Parlimen

Dato’ Seri Najib Razak berkata kepada Parlimen bahawa daripada aspek undang-undang, Kelantan dan Terengganu tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak dilakukan di luar pantai kedua-dua negeri itu.

"Operasi pengeluaran dalam perairan mereka (Terengganu dan Kelantan) di definasikan sebagai kawasan tidak lebih tiga batu nautika yang diukur mulai dari tanda air rendah atau garis pantai negeri,

"ketika ini, tidak ada pengeluaran minyak di perairan Kelantan ataupun Terengganu. Oleh itu, dari sudut undang-undang, Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti minyak, sama seperti Terengganu ,"kata Najib.
------------------------------------------------
Mengapa Najib dituduh pembohong "besar"..?..Ini kerana ianya bertentangan sekali wasiat yang ditinggalkan oleh bapanya..Tun Abdul Razak..sejak 34 tahun dahulu yakni pada tahun 1975..

Soal Jawab dari Hansard Parlimen pada 12 November, 1975:

Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Perdana Menteri (Tun Razak): Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium, 1974.
Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun ejensi-ejensi ataupun konraktor-kontraktornya.

sumber; petikan artikel dari BuletinOnline

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009