Monday, November 2, 2009

"Serampang Tiga Mata" untuk PR Selangor,Dr Hasan Ali dan Dr Maza.


Adakah senjata ini yang digunakan oleh UBN..?

Bergegar 1Malaysia apabila Dr Maza ditahan oleh JAIS..mengenangkan Dr Maza ini seorang bekas Mufti Perlis...teringat kembali Allahyarham Dato' Ust Ishak Baharom bekas Mufti Selangor yang "terpecat" akibat daripada isu "Ratu Cantik"..

Dua cerita berbeza tetapi melibatkan satu jawatan yang lebih kurang sama..

Isu Dr Maza mendapat liputan meluas media tradisi serta media baru..namun dizaman Ust Ishak Baharom..hanya PAS sahaja membelanya...ketika itu..itu didalam ruangan media yang terhad..

Bayangkan jika isu Ust Ishak Baharom terjadi ketika dizaman ini..agaknya jawatan Mufti Selangor yang disandang Allahyarham tidak terluct sebegitu rupa....(sekadar renungan)..
Berbalik isu Dr Maza..dihati ini apabila mendengar berita sensasi ini bagaikan ada yang tidak kena..sedikit keliru..

Untuk apa beliau ditahan..?
Memang sebelum berita penahanan beliau tersebar ada konflik antara beliau dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)..namun konflk itu tidak berhenti setakat itu sahaja..dipanaskan pula dengan penahanan beliau oleh JAIS..makin rumit dan celaru rentetan peristiwa Dr Maza ini..ditambah pula sebelum penahanan itu terjadi terkait pula nama Datuk Mohd Nakhaie Ahmad bekas Yang dipertua YADIM..

Berulang kali hati ini mendesak untuk tidak mengaitkan isu ini dengan Dr Hasan Ali yang juga Exco Hal Ehwal ,Adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor..
Namun apakan daya..tempiasnya turut terkena batang hidung Dr Hasan ALi..kerana mengeluarkan kenyataan selari dengan apa yang telah termaktub didalam kita JAIS dimana ianya digubal semasa pemerintahan rejim UBN di Selangor..

Setakat ini isu ini masih berjalan diatas bara..dan tidak nampak tanda-tanda akan reda sehari dua ini..

Apa yang jelas kini nampak kesungguhan PR iaitu PKR dan PAS membela Dr Maza..sungguh beruntung sekali beliau...kalaulah semasa Allahyarham Dato Ishak Baharom dipecat dan mendapat pembelaan sebegini..awal lagi rasanya Selangor jatuh ketangan pembangkang ketika itu...(terkenang kembali)

Agak bernasib baik isu penahanan Dr Maza dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada berlakunya pertumpahan darah( minta simpang laaa)..bukan apa takut-takut perstiwa Memali berulang kembali...pedih dan pilu mengenangkanya..apatahlagi kepada yang merasai dan mengalaminya..

Apa yang sedang berlegar difikiran ini..ternyata PR Selangor menjadi sasaran serangan UBN..JAIS dikudakan utk memalit taik dimuka PR Selangor dan SPRM dikeldaikan untuk menendang PR ke kandang rasuah dengan penahanan kembali bekas pegawai khas MB Selangor(Tan Sri Khalid) dan juga penahanan pembantu khas Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor..

Ternyata strtegi yang digunakan UBN ini seperti mengguna pakai "Serampang 3 Mata"..

1 untuk PR Selangor

2 untuk Dr Hasan Ali

3 untuk Dr Maza

Mata pertama untuk PR Selangor yang sedang bergelut isu dakwaan rasuah para exco dan Adunya selepas serangan dihentikan buat sementara waktu akibat tersilap ugut serta mengakibatkan kematian di Bagunan Massalam..

Mata kedua buat Dr Hasan Ali..samada untuk terus membunuh karier politiknya didalam PAS atau ianya digunakan untuk terus mencucuknya agar mengikut kata bicara UMNO merosakkan hubungan antara PAS serta 2 rakan kongsinya iaitu PKR dan DAP...

Mata Ketiga untuk Dr Maza yang diketahui seakan-akan "menjunjung bulan" sebagai wadah perjuangan baru setelah "bersara" dari jawatan Mufti..utk mengelakkan satu lagi negeri bakal terlepas ke tangan pembangkang jika Dr Maza bertanding sebagai Adun atau Ahli Parlimen di negeri Indera Kayangan..jika benar kehadiran Dr Maza ke "bulan"..sudah pasti gandingan beliau dan Dato' Harun Din umpama penyerang kembar yang cukup ampuh dibarisan serangan..

Bersama kita nantikan episod-episod yang semakin mendebarkan..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009