Thursday, November 12, 2009

Jangan Cuba Cemarkan "Bendang Padi" Kami..


Nafsu Amarah yang sedia wujud didalam hati ini tiba-tiba temperaturenya naik mendadak apabila mengetahui ada "titah" dari TPM Muhyidin Yassin mengarahkan Adun Kota Seputih menghadiri sidang DUN Negeri Kedah yang dijadualkan akan berlangsung Selasa ini..

Apakah Muhyidin sudah membayangkan BN akan mendapat "peluang" sepertimana apa yang sudah berlaku di DUN Negeri Perak dan pada kali ini Najib menugaskan beliau supaya menjadi "kepala" melacurkan Kemuliaan Dewan Undangan Negeri Kedah..

Jika benar beliau diarahkan utk bertugas mengucar-kacirkan DUN Negeri Kedah amat bijak Najib menaguk diair keruh..hati ini percaya Najib tidak berani untuk campur tangan dan kaki dalam isu DUN Negeri Kedah kerana sesudah mencemarkan kemuliaan Dun Negeri Perak..seluruh rakyat negeri Perak menaruh kebencian kepadanya kerana beliaulah punca Konflik/Krisis DUN Negeri Perak yang berlarutan sehingga ke hari ini yang langsung membawa kerugian buat semua warga negerinya..

Dan utk mengelakkan lumpur bendang terpalit dikepalanya..diserahkan pula kepala Muhyidin....nasib la hang..!!!

Lagak Muhyidin bagaikan ingin menjadi Speaker DUN Kedah..atau ingin menukarkannya sepertimana yang telah berlaku di negeri jiran Kedah iaitu Perak..

Muhyidin bercakap seperti melupakan sejarah yang berlaku di DUN Negeri Perak..Keputusan Speaker tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana badan atau "kaki" dan "tangan"..namun SPR tetap menolak perletakan jawatan 3 Adun Perak dan mengakibatkan Krisis Terburuk didalam sejarah telah tercipta..

Kini Muhyidin dengan SPR ingin pula mencipta sejarah tercela DUN Negeri Kedah..
Adakah rakyat Negeri Kedah ingin membiarkan petualang seperti ini mencemar dan melacurkan Kemuliaan DUN Negeri Kedah..?

Jauh disudut hati ini...masih membayangkan nasib DUN Negeri Kedah tidak akan menjadi seperti DUN Negeri Perak..

Kedah masih "dimiliki" oleh Sultan Abdul Halim Muaadzam Shah..dan semangat leluhurnya iaitu Merong Maha Wangsa masih mengalir didalam darahnya..baginda tidak sesekali akan membiarkan "lanun-lanun dari selatan" itu mencemarkan "bendang padinya.."


Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009