Wednesday, November 4, 2009

Jangan Ketawa..Tapi Dengarlah.!!!!!


usinkata; sumber diambil dari gomalaysian.blogspot.com

Sumber: Malaysian TodayPenulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Adakah Selangor Bakal Dijatuhkan Menjelang Bulan January? (Will Selangor fall in January?)


Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya.....


Adakah Selangor Bakal Dijatuhkan Menjelang Bulan January? (Will Selangor fall in January?)
THE CORRIDORS OF POWERRaja Petra Kamarudin

Dua minggu sebelum kerajaan Pakatan di Perak jatuh, saya menyarankan kepada mereka supaya mengadap Sultan Perak dan meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya diadakan.Malah saya memberitahu tentang hal ini kepada Anwar Ibrahim.

Katanya, kebimbangan saya tidak berasas kerana beliau telah bercakap dengan Lim Kit Siang. Menurutnya, Kit Siang telah meyakinkannya bahawa masalah berkenaan Hee telah diselesaikan dan bahawa segalanya elok-elok belaka.

Namun saya masih berkeras supaya mereka meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan, yakni sementara mereka masih memiliki majoriti kerusi dalam DUN Perak. Ketahuilah bahawa apabila mereka kehilangan majoriti ini, Sultan tidak perlu mempertimbangkan permintaan mereka. Ini kerana pada masa itu, mereka tidak lagi menguasai kerajaan Perak.Selagi Pakatan Rakyat masih menguasai kerajaan Perak, maka Sultan tidak mempunyai alasan untuk menolak permintaan Pakatan Rakyat.

Bahkan jika baginda menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, baginda melakukannya tanpa alasan yang sah. Dengan demikian, memang nampak sangat bahawa baginda adalah alat UMNO.Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Kita semua tahu bahawa Sultan telah disogok untuk menggulingkan Pakatan Rakyat.

Bahkan baginda diugut berkenaan dengan status Raja Nazrin sebagai penggantinya. Pendek kata, baginda ditawarkan kedua-duanya… gula-gula pun ya… rotan pun ya. Maka, seperti mana-mana kanak-kanak yang berhadapan dengan situasi seperti itu, baginda disorong tarik semahunya oleh UMNO.

Selain itu, saya juga ada menulis tentang lain-lain hal yang perlu diwaspadai Pakatan Rakyat. Pada masa ini, memanglah Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi dalam DUN Selangor. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka menguasai kerajaan Selangor.


Sebenarnya, ramai di kalangan staf agensi dan jabatan kerajaan negeri merupakan hubaya UMNO. Mana tidaknya… mereka sebenarnya ditempatkan di situ dan dapat naik pangkat disebabkan hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, sementara Pakatan Rakyat menguasai ‘kepala’ kerajaan Selangor, mereka takkan dapat mengawal ‘badannya’. Nampaknya, apabila kepala ke kiri, badan pula ke kanan, dan sebaliknya.

Perkara pertama yang Khir Toyo lakukan apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang (selain menghapuskan segala bukti kesalahan) adalah mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Inilah yang mereka lakukan... saban hari… saban minggu. Maka terjadilah peristiwa yang tidak diduga, seperti isu bir, penangkapan bekas mufti Perlis, perobohan kuil dan lain-lain lagi.Bolehlah dikatakan bahawa bukan hanya kepala yang bergerak ke arah yang bertentangan dengan tubuh, malah tangan kiri juga tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanan.


Inilah taktik mereka bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor - dengan mewujudkan ketidakpuasan hati dengan melakukan banyak perkara yang 'tidak popular', semata-mata kerana ingin menyusahkan rakyat. Akibatnya, para pengundi naik muak dengan pembangkang dan akhirnya, mereka menolak pembangkang.

Inilah yang berlaku di Terengganu pada tahun 2004. Pembangkang hanya dapat menguasai kerajaan Terengganu selama lima tahun.Saya sudah mengingatkan Ronnie Liu tentang hal ini. Sebenarnya, portfolio EXCO Ronnie Liu adalah portfolio yang paling sukar dan paling menimbulkan kontroversi. Ini kerana ia melibatkan majlis tempatan dan sebagainya. Nah, inilah lubuk pelbagai masalah.

Kalau mereka hendak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat, mereka hanya perlu mengabaikan pembaikian jalan ataupun sengaja tidak mengutip sampah ataupun tidak menukar lampu jalan yang sudah terbakar ataupun tidak membaiki paip-paip air yang pecah. Buatlah yang ini saja pun dah cukup. Dah tentu rakyat naik bosan. Tak perlu buat perkara besar, pun. Cukupah sekadar mensabotaj benda-benda yang remeh, dan rakyat akan menendang kerajaan negeri ke tepi jalan.

Itulah… apabila hanya ‘kepala’ yang dapat dikawal, bukannya susah sangat nak sabotaj kerajaan negeri Pakatan Rakyat.Ramai usahawan Cina di Selangor yang berasa jengkel. Mana tidaknya, rasuah makin menjadi-jadi. Tidak ada perkara yang berubah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih. Kepala samseng UMNO (warlord) masih menguasai pejabat tanah, majlis tempatan dan lain-lain lagi. Nak kelulusan untuk projek? Lesen? Permit?

Kalau nak, pergilah mengampu kepala samseng. Kalau anda berurusan melalui Pakatan Rakyat dan melangkau kepala samseng, projek anda takkan berjaya.Para usahawan Cina mendapati bahawa mereka masih perlu mengadap kepala samseng dan membayar ‘emas permata’ kepada mereka supaya urusan perniagaan mereka berjalan lancar. Bahkan apabila mereka pergi menemui wakil Pakatan Rakyat, mereka mendapati wakil Pakatan Rakyat seperti ketua diikat tangan. Bukan boleh buat apa, pun! Ya, memanglah mereka boleh telefon si polan ataupun si fulan, tetapi itu pun tak jalan. Tetapi jika usahawan-usahawan Cina itu pergi menemui kepala samseng dan membayar ‘ufti’ kepadanya, segalanya beres.

Sedarlah… bukan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor. Jadi, siapa yang mentadbir Selangor? Siapa lagi, UMNOlah. Jadi, jika anda nakkan sesuatu, tak payahlah jumpa wakil Pakatan Rakyat. Pergilah ‘menyembah’ ketua samseng dan bayarlah wang yang diminta. Pasti semuanya berjalan lancar.

Di Selangor, bukan kepala yang menggerakkan badan, tetapi badanlah yang menggerakkan kepala. Kalau tak percaya, cubalah tanya mana-mana usahawan Cina yang berniaga di Selangor.

UMNO memberitahu 'kuncu-kuncu mereka' di agensi dan jabatan kerajaan negeri Selangor bahawa pada Januari 2010, Barisan Nasional akan kembali menguasai Selangor. Jadi, semua perkara perlu ditangguhkan. Kelulusan dan segala macam permohonan diletakkan ke tepi terlebih dahulu… sehinggalah Barisan Nasional mengambil alih. Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa bagi melancarkan urusan.Apabila anda berjumpa dengan staf di agensi atau jabatan kerajaan negeri Selangor untuk sesuatu urusan, mereka tidak akan mempedulikan anda. Kalau pun anda membuat aduan kepada wakil Pakatan Rakyat, mereka hanya dapat membuat panggilan telefon… itu saja. Kalau anda meminta wakil Pakatan Rakyat untuk terus campur tangan, alamatnya urusan yang anda nak selesaikan makin tak ke mana. Ia adalah seperti memandu dalam lumpur. Semakin anda memecut, semakin tersekatlah anda.

Jadi, Januari 2010 menjadi tarikh yang disasarkan Barisan Nasional untuk mengambil alih Selangor. Inilah yang diberitahu UMNO kepada kuncu-kuncunya di agensi dan jabatan kerajaan negeri.


Selain itu, ramai di kalangan wakil Pakatan Rakyat akan menghadapi segala macam dakwaan jenayah, termasuk pertuduhan rasuah. Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali.

UMNO telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka untuk bersiap-sedia menghadapi sekurang-kurangnya sepuluh pilihan raya kecil. Ini kerana tak lama lagi, akan ada sepuluh kerusi kosong.

Tidak cukup dengan itu, terdapat ramai manusia berkepala UMNO dalam PKR, PAS dan DAP. Mereka sengaja ditempatkan di situ. Tiba saatnya, semua kuncu UMNO ini akan bertindak, sebagaimana yang berlaku di Perak.

Apabila ini berlaku, maka berakhirlah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya. Ya, ketika kami mengingatkan kamu tentang Perak, kamu ketawa terkekeh-kekeh. Sekarang, kami ingin mengingatkan kamu tentang situasi di Selangor. Masih ingin ketawa? Kalau kamu kehilangan Selangor, saya akan kerjakan kamu cukup-cukup. Ingat, ini bukan ancaman kosong

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009