Tok Guru Nik Aziz Kata;-
"Mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.
"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti,"
"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti,"
"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi. "
"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur. "
"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni,"
Cina Islam Kata;-
"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China."
"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid,"
"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti,"
"Saya dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta."
Datuk Harun Taib Kata;-
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,”
"saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi kaedah umum, ada subahat, ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,”
usinkata;-
"depa yg nak "cucuh lilin nie".."rabun malam"..."buta ayam"....sudah "bingai" akibat takut kehilangan kuasa...nak serbu macam "kerbau gila" saja..sudah "lepu" nk menilai kefahaman umum sekarang..
"Tembak" xkena tempat...sekali terus kena batang hidung sendiri...batang hidung Umno yg semakin "kepek"...hingga terpaksa dimasukan semula ke "sekolah politik" ..belajar a b c dalam bahasa inggeris..pastue...dok "meroyan" kat rakyat agar diterima kembali Umno yg sudah "berbau bangkai reput"....
utk semua yg tidak "buta ayam dan rabun malam"..anda bijak menilai..yg mana permata yg mana kaca hitam.."
No comments:
Post a Comment