Wednesday, July 8, 2009

Peristiwa Di Xinjiang Boleh Menjadi Iktibar Buat Malaysia


A woman cries in front of Chinese soldiers wearing riot gear as a crowd of locals confront security forces along a street in the city of Urumqi, in China's Xinjiang Autonomous Region
Brother Kata;
Mangsa korban di Wilayah Autonomi Xianjiang telah mencecah angka ratusan. Berita pertembungan di antara masyarakat uighur yang beragama Islam dengan pihak berkuasa China merebak ke seluruh dunia dengan pantas sekali. Penggunaan teknologi rangkaian sosial seperti twitter dan facebook serta laman youtube memungkinkan masyarakat seluruh dunia mengikuti perkembangan di sana dengan lebih dekat.
Rakaman video serta foto yang tersebar menunjukkan keadaan masih tidak tenteram. Rakyat pastinya berada dalam ketakutan. Saya merasa kesal dengan apa yang terjadi dan menegaskan, korban di kalangan awam, samada dari etnik Uighur mahupun Han, tidak boleh dimaafkan. Pihak berkuasa China sewajarnya mengambil langkah yang lebih cermat serta mengawal keadaan agar tiadanya provokasi dari mana-mana pihak.
Menghimbau kembali sejarah, kita pastinya menemui ketika mana umat Islam bersentuhan dengan peradaban lainnya. Umat Islam bersama-sama membangun dan memerintah Empayar China khususnya ketika pemerintahan Dinasti Tang, Yuan dan Ming. Suasana dan rasa saling hormat menghormati di antara Muslim dan Han sewaktu pemerintahan Kerajaan Ming, membolehkan penulis seperti Wang Tai Yu menghasilkan karya serta memberi komentar mengenai prinsip tauhid, kosmologi dan etika sehandal ulama muktabar dari Tanah Arab.
Sekitar awal abad ke 17, Wang Tai Yu yang digelar Pemuka Agama Islam(Zhenhui Laoren) menulis “Zhengjiao Zhenquan”(Anotasi Asli Ajaran Murni) hasil dari perbincangan dengan pemuka-pemuka ajaran Konfucius, Tao dan Buddhisme serta “Ch’ing-chen ta-hsueh” yang bermaksud Ajaran Murni Perihal Yang Hak. Penelitian sarjana seumpama Sachiko Murata dan William Chittick terhadap Wang Tai Yu serta karyanya, membuktikan beliau terdedah dengan dua risalah yang ditulis oleh pengikut Ibnu Arabi; Abdul Rahman Jami dari Parsi. Dua risalah tersebut ialah Lawa’ih and Ashi’at al-lama’at. Wang Tai Yu adalah contoh seorang warga Peradaban China beragama Islam dan tetap berpegang kukuh kepada prinsip tauhid tanpa mengabaikan peran beliau terhadap budaya bangsa.
Sekian lama muslim tinggal bersama dengan ratusan etnik lainnya di China, mereka bukanlah orang asing ataupun “The Stranger(meminjam judul novel Albert Camus).” Usaha harus lebih giat dijalankan bagi membolehkan mereka dan etnik minoriti lainnya menyertai pertumbuhan ekonomi yang pesat di sana. Dasar yang dilaksanakan mestilah mengambil kira permasalahan serta keterbatasan minoriti lainnya. Peminggiran sesuatu kaum hanya merugikan sesebuah negara dari potensi yang ada pada etnik minoriti. Saya berdoa agar keamanan kembali pulih di Wilayah Xinjiang dan tiada lagi korban nyawa yang menyayat hati.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009